Sabtu, 10 Februari 2018

The Calling atau Panggilan. Dari siapa dan untuk apa? Perjalanan Rohani. Bagaimanakah ianya bermula?

 Panggilan. Apa yang memanggil? Panggilan keramat anda. Ia adalah panggilan rohani. Ya, anda telah dipanggil. Tetapi adakah anda memahami panggilan anda?



 

Pada hari ini ramai yang sedang meniti titian rohani. Ramai yang telah dibukakan mata hatinya untuk meniti titian ini. Ianya bukan satu jalan yang mudah. Amat sukar dan ramai ynag tergelincir. Akibatnya, terpaksa meniti semula. Ramai yang keliru dan masih keliru tentang panggilan mereka. Kadang-kadang, jika dibantu, selagi ego dan nafsu masih tinggi dan tebal dalam diri, agak sukar untuk dibantu. Walaupun ada juga yang mengatakan mereka tidak ada ego dan nafsu sebegitu, hakikatnya mereka masih ada semua itu malah, penafian itulah ego mereka, namun mereka tidak mnyedarinya. Di sinilah ujian untuk mereka yang cuba membantu. Melawan ego, nafsu dan kesombongan mereka yang sedang dalam perjalanan kerohanian. 


Perjalanan Rohani. Bagaimanakah ianya bermula?




1.      Jika kita melihat seseorang mula mempertikaikan agama, sistem di dalam sesebuah pemerintahan, ketidak adilan sejagat, ini bermakna mereka baharu sahaja memulakan perjalanan rohani mereka. Di sini mereka sedang mencari makna terhadap segala-galanya disekeliling mereka. Penuh dengan kemarahan dan api kebencian, jadi amat sukar untuk berbincang dan dinasihati pada peringkat ini. Ada sahaja ketidak puasan dalam hati mereka. Mereka akan mula condemn agama, kerajaan, adat dan budaya mereka sendiri. Walaupun banyak yang di baca, dipelajari, agak sukar difahami dan diproses pada peringkat ini.

              Berapa lama tempohnya adalah bergantung ini kerana seseorang itu perlu belajar mengenali diri sendiri, memahami perjalanan hidupnya, belajar daripadanya, buang ego dan nafsu terhadap dunia dan kebendaan. Mungkin setahun, mungkin dua tahun dan boleh jadi 10 tahun.


2.            Setelah itu, mereka akan mula berubah kepada seorang yang sangat penyedih, mudah simpati dan mudah menangis. Mengapa? Sedangkan sebelum ini penuh dengan kemarahan dan kebencian? Bukankah saya katakan bahawa mereka perlu belajar mengenali diri sendiri, memahami perjalanan hidupnya dan belajar daripadanya? Selepas mereka telah belajar, barulah mereka mula memahami mengapa semua ini berlaku kepada mereka, kepada manusia, kepada dunia. Apa yang berlaku sebelum ini, kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan, kekejaman dunia memberikan terlalu banyak penyesalan dan penyiksaan dalam hati mereka sehingga mereka mula memandang dunia dengan berbeza walaupun terhadap perbuatan jahat orang lain. Di sinilah peringkat di mana mereka mula menjadi empath.

                    Hidup akan dipenuhi kesedihan dan dunia seakan-akan tempat yang sudah tidak dikenali lagi. Mereka akan mula menyendiri. Menjauhi kawan-kawan yang dulu sering berhibur, bershopping dan bergossip. Energi atau tenaga negatif memenatkan dan menyakitkan mereka. Mereka sudah berubah secara mental dan emosional ketika ini. Ketika ini juga, mereka cuba memahami erti hidup mereka, apa yang menggembirakan mereka, apa yang mereka sebenarnya inginkan di dalam hidup. Kegagalan sebelum ini, mengapa, dan bagaimana untuk menjadi lebih baik dari sebelum itu.

                   Berapa lama tempohnya adalah bergantung ini kerana seseorang itu perlu belajar dari semua kesilapannya, memaafkan diri sendiri dan orang lain, belajar self love, belajar untuk mencintai dan dicintai dan bersedia untuk membuka hati kembali kepada cinta. Ianya mungkin mengambil masa setahun sekurang-kurangnya.


3.                Menjalani hidup seperti yang di inginkan inilah panggilan sebenar anda atau your true calling. Ramai yang sangka panggilan mereka apabila mereka melalui spiritual awakening ini adalah untuk membangkitkan orang lain juga dan mula membuat seminar, program, kerohanian bagi menggalakkan orang lain menjalani perjalan rohani juga. Panggilan rohani bukanlah tugasan kita, walau kita cuba membangkitkan mereka, jika belum tiba masanya bagi seseorang itu meniti perjalanan ini, mereka tidak akan dapat memahaminya. Ini adalah kerja Dia yang Maha Kuasa.

                        Tugasan kita adalah untuk memberikan kebahagian kepada diri kita, menjadi diri kita yang sebenar, menjalani kehidupan yang baik, menjaga tubuh kita yang dipinjamkan kepada roh kudus kita supaya dapat berjalan di atas muka bumi ini. Hidup kita sebelum ini ibarat robot yang mengikut masa seperti yang ditetapkan, melakukan perkara seperti yang disuruh, mengejar wang dan kemewahan dunia yang membelenggu jiwa kita dari rasa gembira, menjadi hamba cinta sehingga mengabaikan diri sendiri, jiwa kita telah terkunci dalam kelekaan kita terhadap kesibukan dunia.

               Jadi, apabila anda menerima panggilan rohani, ini adalah penggilan supaya anda membebaskan diri anda dari semua itu. Menjadi diri anda, lakukan perkara yang anda berbakat dan ingin lakukan sekian lama. 


3.                Jika sebelum ini anda mula menjauhkan diri dengan dunia, anda takut dengan nikmat dan keseronokan dunia, pada peringkat ini anda akan kembali kepada dunia semula. Kalau dulu anda takut akan wang kerana wang telah menjadikan anda hanyut, anda takut akan pangkat dan kuasa kerana pangkat dan kuasa menjadikan anda sombong, anda takut akan kekayaan kerana harta menjadikan anda tamak. Namun di peringkat ini, anda mula mendapatnya semula, namun pandangan anda terhadap wang, kekayaan, pangkat dan kuasa adalah berbeza. Anda lebih matang dan jiwa anda lebih tenang dalam menghadapi godaan dunia.

                    Anda mula melakukan sesuatu yang anda sukai dalam hidup anda dan mencapai tahap yang mungkin di luar jangkaan anda, memiliki kembali segalanya namun, anda akan manfaatkannya untuk kebaikan anda dan manusia sejagat. Anda bukan lagi orang yang tamak, bongkak sebaliknya anda sentiasa memikirkan bagaimana untuk menjadikan dunia ini lebih baik kepada semua.

                   Inilah yang diharapkan terhadap semua manusia sejagat. Namun manusia semuanya hatinya berbolak balik. Pada era ini lebih ramai yang telah dipanggil malah di usia muda telah mendapat panggilan, alangkah beruntungnya.

                Generasi muda yang telah menerima panggilan, menolah ketidaksama rataan, menyokong keadilan tanpa mengirana warna kulit, bangsa dan agama. Jadi, peperangan yang bakal kita hadapi pertama sekali adalah peperangan terhadap diri kita sendiri, diri kita yang lamaa. Kemudian kita perlu berjuang membantu mereka yang belum lagi bangkit tetapi perlu melawan mereka yang yang menentang kebangkitan ini.

                  Jadi, mulalah menjawab panggilan yang anda terima dan mencintai diri anda lebih daripada yang lain terlebih dahulu. Jika anda tidak mampu mencintai diri anda sendiri, tidak mampu menjaga diri anda sendiri, bagaimana anda mahu mencintai orang lain, bagaimana anda mampu untuk menjaga orang lain? Jika anda tidak boleh menguruskan diri anda, kesihatan anda, tubuh badan anda, bagaimana anda mahu menjaga sebuah keluarga?


    Self-love is not selfish; you cannot truly love another until you know how to love yourself.

    Teluk Mahkota, Sedili Besar Minggu ini

     Bertolak dari rumah pada pukul 6.30 pagi. Panaskan enjin dalam 5 minit sebelum memulakan perjalanan. Persediaan kali ini lebih mudah dari m...