Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Januari 2021

Kes makin meningkat, Ahli Politik yang Bertelagah, Jenayah Makin Banyak, Harga Minyak Naik

 



Tahun ini, 2021 masuk tahun ke-2 kita semua hidup dengan pandemik ini. Vaksin sudah mula diberikan di kebanyakan negara. Ada yang memberikan komen positif ada juga yang memberikan kesan maut. Maklumlah hanya setahun sahaja di hasilkan sedangkan vaksin yang sedia ada untuk penyakit lain, proses nak develop hingga benar-benar boleh digunakan mengambil masa sehingga ke 40 tahun. Jadi, apa yang vaksin 1 tahun ini boleh kita harapkan? Sebenarnya, kita menjadi bahan eksperimen secara paksa rela dalam situasi ini. Nak tak nak, terpaksa ambil. Saya belum dalam keadaan terdesak untuk mengambil vaksin itu, jadi biarlah mereka yang ingin mencuba untuk melakukannya terlebih dahulu untuk mengambil vaksin ini. Semenjak melalui spiritual journey yang dahsyat pada 2017 (kerana bertemu dengan Twin Flame), saya sudah tidak risau akan apa-apa permainan dunia ini. Cuma, melihat kepada kacau bilau yangs sedang di hadapi kita semua, berita tentang Sajat yang tak habis-habis, saya hanya mampu tersenyum. 


Mungkin ada diantara kita masih tidak berapa terkesan dengan situasi sekarang, terutamanya yang bekerja di sektor pendidikan: Cikgu, pensyarah, mereka yang bekerja di kerajaan, masih mempunya gaji bulanan dan mampu bershopping lagi. Manakala mereka yang bekerja di sektor swasta, kedai-kedai, shopping mall, mungkin sudah merasai kesukaran malah ada yang sudah diberhentikan kerja dan tidak ada sumber pendapatan langsung. Di tambah pula dengan kenaikan harga minyak, kes jenayah pasti akan meningkat.


2018 saya pernah memberitahu beberapa rakan yang rapat yang juga dalam perjalanan rohani ini, apa yang saya nampak bakal berlaku, walaupun mereka sedang melaluinya, tapi mereka masih samar-samar dan saya telah melepasi tahap yang mereka sedang lalui. Malah ketika itu saya dapat banyak vision tentang masa depan. So far, semua yang saya nampak benar-benar berlaku seperti yang saya katakan.


Saya ingat pada bulan Januari 2020, ketika saya memandang ke langit, saya dapat merasakan sesuatu akan berlaku di Malaysia, saya mula rasa dan nampak vision cuma ketika itu saya tidak nampak jelas apa yang datang saya nampak seperti ramai orang sakit sahaja. Saya beritahu kepada rakan saya Z***, sesuatu akan berlaku, tetapi dia memang ada satu pemikiran yang susah nak terima atau dengar pendapat orang, tapi saya faham dia di peringkat itu yang mana dia masih ada ego yang tinggi. Jadi saya biarkan sahaja. Malah pada tahun sebelum itu juga bulan 12, 2019, pada bulan Mac, May, Jun 2020 saya ada membuat posting di FB saya untuk bg "hint" kepada orang ramai tentang situasi yang makin meburuk. Malah saya memberitahu beberapa rakan saya seperti H**** dan A****. Ada yang percaya dan ada yang tidak. Saya kata bulan 9, 2020 akan teruk balik kes. Tiada siapa mahu dengar kerana ketika itu Malaysia telah war-warkan kita sudah dapat melawan Corvid-19!!!


Masuk bulan 9, 2020, mula dapat kes baru dan kematian. Malah semakin hari semakin banyak. Namun mereka masih tidak percaya. Dan ada pula yang memerli saya. Namun, saya masih lagi beritahu mereka 2021 akan jadi semakin teruk dengan natural disaster yang akan turut datang. Pun mereka tidak mahu percaya.


Bayangkan jika saya memberitahu rakan yang mereka kata melalui spiritual journey pon tidak mahu percaya, apatah lagi mereka yang tidak melalui perjalanan rohani ini. Lgilah sukar untuk mereka menerima perkara yang saya sampaikan ini.


Namun, saya hanya mampu beritahu, percaya atau tidak, terpulang kepada anda, terpulang kepada mereka.


Ahad, 17 Januari 2021

Dunia dan Kacau-bilau. Manusia yang bangkit dan mereka yang masih belum bangkit. Di manakah kesudahannya?

 


Baru sahaja kita dengar berita tentang banjir di negara kita yang sedang reda di kawasan pantai Timur dan Selatan, kini banjir di Sabah dan Sarawak pula. Kemudian apabila pesawat Sriwijaya Air terhempas,  Amerika pula sedang huru-hara sejak kekalahan Trump dengan tunjuk perasaan bertukar kepada tunjuk perasaan bersenjata, kemudian hari ini Gunung Semeru meletus lagi melepaskan debu tebal. 

Sejak 2-3 tahun kebelakangan ini perubahan dengan peradaban manusia memang mula berubah dengan dahsyatnya, perang dan keganasan di sana sini di sebalik ramai yang sedang melalui perjalanan kebangkitan rohani. Yang kejam masih terus kejam, yang masih tidak bangkit masih ramai, namun ramai juga yang mula bangkit. 

Begitu juga dengan iklim dunia. Perubahan iklim dunia jugak sejak 2-3 tahunkebelakangan ini agak haru-biru. Kebakaran hutan, bajir, ribut taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi sehingga kutub utara juga mula mencair malah pandemik akibat Corvid19 yang telah melumpuhkan seluruh ekonomi dunia.

Kemana akhirnya kesemua ini akan membawa kita umat manusia? PENYATUAN ATAU KEMUSNAHAN? Adakah anda takut? Adakah anda tidak takut? Atau mungkin anda tidak tahu apa mahu dijangka. Saya telah membuat banyak ramalan dan memberitahu kepada ramai sebelum ini, namun ramai yang tidak mempercayainya. Malah saya telah membuat ramalan politik juga. Entah dari mana saya tahu juga saya tiada jawapan tapi itulah kelebihan saya.

Walau apa pun yang kita sedang lalui dan akan lalui, hadapinya dengan hati yang terbuka dan berpeganglah pada hati anda. Biarkan hati menjadi panduan.

Selasa, 12 Januari 2021

MCO 2.0 & Darurat Politik: Apa yang berbeza kali ini? Desakan Pandemik atau Politik?


Perjalanan antara negara akan sangat terhad di seluruh negara pada waktu tengah malam ini. Bagi kawasan di bawah pemulihan MCO, ini adalah satu-satunya perubahan ketara adalah terhadap SOP.

Untuk kawasan di bawah MCO bersyarat, banyak aktiviti sosial seperti perjumpaan, pameran, perjumpaan, dan upacara perkahwinan akan dilarang, sedangkan ianya telahpun dibenarkan sebelum ini tetapi pada separuh dari kapasitI asal tempat tersebut.

Sekatan tambahan juga akan dikenakan untuk aktiviti sukan dan rekreasi.

Perjalanan antara daerah akan dibatasi di daerah di bawah MCO setelah ia berlaku pada tengah malam.

Walaupun begitu, lebih banyak sektor ekonomi akan dibiarkan beroperasi, berbanding ketika pertama kali dilaksanakan pada 18 Mac 2020.

Bersama dengan ini, pusat jagaan kanak-kanak dan tadika swasta akan dibenarkan untuk terus dibuka untuk memenuhi keperluan ibu bapa yang bekerja. Tadika yang dikendalikan oleh kerajaan akan ditutup.

Walau bagaimanapun, ini masih menyebabkan banyak aktiviti dan perniagaan ditutup berbanding dengan MCO bersyarat yang ada sebelum MCO berkuatkuasa.



Apa yang akan dilarang di bawah MCO?


Menurut Ismail Sabri, aktiviti berikut tidak dibenarkan di tempat di bawah MCO:


  • Pasar malam dan bazar.
  • Kedai pakaian, pakar optik, tukang gunting rambut dan salun rambut, spa dan pusat refleksologi.
  • Kelas tuisyen, kelas muzik, kelas tarian, kelas seni, kelas ulangkaji, kelas bahasa, dll.
  • Kelab malam dan pub.
  • Taman tema, taman permainan dalaman, pusat karaoke, dan pawagam.
  • Konsert dan acara langsung.
  • Pertemuan bersemuka.
  • Seminar, bengkel, kursus, latihan, konferensi, ceramah, pameran, dan kegiatan lain yang berkaitan dengan industri pertemuan, insentif, konvensyen, dan pameran.
  • Acara sosial seperti perayaan, upacara perkahwinan dan pertunangan, majlis resepsi, acara keagamaan, ulang tahun, ulang tahun, perjumpaan, retret, dll
  • Kegiatan sukan dan rekreasi, kecuali untuk berjoging (dalam kumpulan tidak lebih dari dua orang dan dalam lingkungan setempat) dan berbasikal (bersendirian, tidak lebih dari 10km dari tempat tinggal)
  • Pertandingan sukan, kejuaraan, dan aktiviti yang melibatkan aktiviti besar atau peserta asing.
  • Aktiviti pelancongan.
  • Apa-apa peristiwa yang melibatkan banyak orang menyukarkan pelaksanaan jarak jauh fizikal.


Saya ada banyak hal untuk dibereskan tetapi saya di kawasan di bawah MCO. Apa yang perlu saya ketahui?


Secara amnya, anda mesti tinggal di rumah, tetapi anda mungkin perlu menjelajah ke luar untuk tujuan tertentu seperti membeli makanan, ubat, makanan tambahan dan keperluan asas.

Boleh keluar bukannya tidak boleh cuma tidak lebih dari dua orang setiap isi rumah boleh melakukan perjalanan bersama untuk melakukan tugasan yang hendak dilakukan, dan anda tidak dibenarkan untuk keluar lebih dari 10km dari tempat tinggal anda melainkan keperluan asas yang anda cari hanya dapat dijumpai di luar radius itu. Dalam kes terakhir, anda hanya dibenarkan pergi ke lokasi terdekat.



Darurat jadi 'gencatan senjata' kepada ahli politik


Walaupun ada kebaikkannya apabila diadakan Darurat Politik ini, tetapi bagi Ahli Politik pula, ada sesetengah mereka merasakan ini adalah tidak adil. Maklumlah, kepentingan peribadi lebih daripada kepentingan rakyat dan negara. Dikala pandemik yang telah menyukarkan kehidupan rakyat semua mereka masih berebut jawatan dan mahukan pilihan raya tidak kira apa keadaan sekalipun.

Apabila DarutT Politik diisytiharkan maka, semua ahli politik perlu menjadikan tempoh darurat sebagai masa 'gencatan senjata' bagi aktiviti politik, sekali gus menumpukan usaha untuk membantu rakyat dalam menghadapi penularan COVID-19.

Darurat ini juga dapat mengelakkan pilihan raya umum (PRU) daripada diadakan hingga menyebabkan penularan COVID-19. Lihat saja Sabah. Kerana PRN Sabah lah kes melonjak naik dan masih tidak surut sehingga sekarang. Hanya satu negeri itupun kedudukannya nun jauh di sana tapi impaknya adalah sangat besar!

Cuba bayangkan jika PRU dilaksanakan di negara kita? Mungkin kita semua akan dijangkiti Corvid19 dan separuh penduduk akan mati! Itupun ahli politik tidak sedar. Tidak mungkin mereka sedar kerana mereka hanya pentingkan diri mereka, jawatan, pangkat dan duit.

"Sepatutnya ketika ini, setiap parti fokus bantu rakyat mendepani COVID-19 dan banjir di sesetengah negeri," katanya kepada BH.

Isnin, 11 Januari 2021

Rabid. Apa pengajaran dari filem ini?

 Harini saya hendak komen tentang 2 filem yang saya tonton lewat malam tadi iaitu Rabid dan The Archer. Kita akan mulakan dengan Rabid dahulu.



Rabid (2019) adalah film drama misteri asal Kanada yang disutradarai oleh Jen dan Sylvia Soska dengan naskah yang ditulis oleh John Serge. Film Rabid (2019) diadaptasi dari film lama tahun 70an dengan judul yang sama karya David Cronenberg. Cerita ini agak menarik kerana ianya melibatkan penyebaran virus, walaupun bukan Corvid19 tetapi ianya virus yang merebak dan ada juga cubaan vaksin yang diberikan. 

Jim kita mulakan dengan sinopsis cerita ini. 

Filem ini mengisahkan seorang perempuan muda bernama Rose yang memiliki cita-cita untuk mejadi fashion designer yang terkenal.

Karakter yang dibawakan Rose dalam filem ini adalah seorang gadis yang pendiam, sopan, dengan imej sederhana dari segi penampilan mahupun tindakannya.

Namun demikian, saat dalam proses mengejar cita-citanya, Rose telah mengalami kemalangan jalan raya. Akibat daripada kemalangan itu, Sebahagian daripada wajah Rose telah rosak teruk dan menjadi cacat. Oleh kerana itu dia cuba mencari alternatif bagi merawat kerosakan teruk yang dialami diwajahnya, dia diberitahu bahawa dia perlu menjalani proses rawatan di mana wajahnya akan diberi sel-sel baharu sebagai pengganti.

Yakin dan percaya dengan kata-kata doktor tersebut, Rose kemudian bersetuju mendapatkan rawatan seperti yang disarankan. Namun begitu rawatan itu adalah rawatan baru dan belum pernah dicuba. Namun Rose nekad demi memulihkan wajahnya itu.

Pada awalnya, rawatan itu tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara mahupun kesan sampingan.

Namun lama kelamaan Rose mula menyedari bahawa rawatan tersebut telah menjadikan dia lebih cantik dari sebelum ini. Ini menjadikan Rose lebih berkeyakinan tinggi untuk mengejar cita-citanya menjadi designer yang terkenal.

Namun tanpa disedari Rose, dia mula merasakan perubahan pada diri dia. Dia mula merasakan sesuatu ada di dalam tubuhnya. Dan kerap berlaku sesuatu namun Rose tidak dapat mengingatinya. Seorang lelaki yang juga sebenarnya orang upahan Doktor yang membuat rawatan terhadap Rose sebenarnya yang selalu menyelamatkan Rose ketika dia bertindak luar kawalan. Lelaki tersebut mendekati Rose tanpa Rose ketahui tujuan sebenarnya.

Ketika Rose di dalam keadaan luar sedar, dia sebenarnya telah membunuh ramai dengan menghisap darah mereka. Mereka yang terkena gigitan itu akan berubah menjadi ganas dan menggigit orang lain pula dan seterusnya. 

Penyakit ini mula merebak keseluruh bandar dan virus ini tidak diketahui dari mana puncanya. Sebeanrya virus ini ada sel-sel ciptaan Doktor tersebut yang pada asalnya cuba untuk merawat isterinya yang menghidap kanser. Namun, mutasi sel tersebut telah menukar Rose menjadi makhluk penghisap darah.

Tanda-tanda virus ini adalah hanpir sama dengan Sars, antaranya ialah flu, demam dan batuk. Macam Corvid19 juga kan? Kerajaan mula mengumumkan bahawa penyakit yang menular itu adalah sebagai Rabbies dan mula memberikan vaksin kepada penduduk bandar tersebut.

Rose akhirnya ditangkap dan dikurung oleh Doktor tersebut. Manakala mereka yang mendapat vaksin semuanya dihapuskan kerana mendapat tahu yang vaksin tersebut tidak mendatangkan kesan. Mereka yang ebrgejala dan dijangkiti juga dihapuskan.

Pemberian vaksin tidak lama lagi. Anda yakin ingin mencuba vaksin tersebut yang belum diteliti dak diuji keberkesanannya? hahahaha itulah yang saya cuba sampaikan.

Ahad, 10 Januari 2021

Hujan lagi dari semalam. Banjir baru sahaja reda. Corvid19 masih memuncak. Sang Politikus mahukan Pilihan Raya.

 



Aku dah bangun dari pukul 4.30 pagi tadi. Bangun agak awal pagi entah kenapa aku pon tak tau. Hujan masih belum berhenti dari semalam. Kali terakhir hujan begini, tak berhenti, habis banjir di beberapa daerah di Johor Bahru dan beberapa negeri lain yang turun mengalami hujan tak berhenti seperti di sini. Mujur kawasan tempat aku tinggal agak tinggi. Walaupun aku selamat, namun bila lihat di tv keadaan banjir, sedih pula rasa.


Aku sukakan hujan dan cucaca nyaman seperti ini. Bukan aku tidak sensitif terhadap sekeliling aku, cuma siapa sangka dikala kita menikmati cucaca indah, nyaman, sejuk dan tenang, di tempat orang lain ianya adalah musibah. Ini juga antara rahasia Tuhan yang kita tidak ketahui. Disebalik setiap kegembiraan pasti terselit kedukaan.


Kadang-kadang sekecil-kecil perkara yang tidak penting untuk kita amat besar nilai dan maknanya kepada orang lain. Sebagai contoh, aku banyak baju yang tidak berpakai, sudah tidak muat atau terlalu banyak sangat. Tetapi di tempat lain ada orang yang tidak ada pakaian yang secukupnya, jika adapun pakaiannya compang-camping. Begitulah resam dunia. Kenyataan ini pahit namun harus ditelan. Susah untuk minta keadilan sejagat kerana ianya perlukan kerjasama sejagat juga. Jika aku seorang sahaja yang hendak melawan mempertahankan keadilan, menghalang penindasan, takkan menjadi. Apalah daya aku seorang di atas planet yang ada lebih kurang 7.7 biilion manusia ini. Aku ini hanya ibarat sebutir pasir di lautan. Hanya jika semua pasir ini dikumpulkan, barulah ianya cukup untuk membentuk istana pasir. Namun jika terkena ombak sedikit-sedikit ia mula terhakis dan jika ombak terlalu kuat, sekali hempasan cukup untuk memusnahkannya. Seprti itu juga hati kita manusia yang sering berbolak balik. Kuatkah kita menentang ketidak adilan sistem dunia? Mampukah kita?


Di media sosial pulak aku terbaca bahawa seorang presiden sebuah parti yang korup ini meminta pilihanraya. Sangat Sellfish!! Dikala pandemic ini banyak business yang gulung tikar danramai orang kehilangan pekerjaan akibat kadar jangkitan yang semakin meningkat, beliau mahukan pilihan raya. Walaupun tahu akibatnya memandangkan sudah ada contoh akibat daripada Pilihan Raya di Sabah yang sehingga kini impaknya masih belum hilang. Banjir yang baru reda disesetengah daerah dan negeri juga melihat begitu banyak kemusnahan harta benda dan hari ini hujan turun lagi tidak berhenti. Apalah yang difikirkan merela golongan ahli politik yang sudah tentunya korup ini. Sekurang-kurangnya mereka masih tinggal dirumah yang mewah, ada duit untuk berbelanja besar lagi sedangkan rakyat sudah terpaksa mengikat perut.


Kadang-kadang, manusia jika sudah terdesak akan sanggup lakukan apa sahaja demi melepaskan diri walau menggadai nyawa orang lain, walau mengorbankan orang lain. Janji, harta dan pangkat dapat diselamatkan. Bila nafsu dan syaitan beraja di hati, menggunakan nama agama, Allah, perjuangan, dan keadilan sedangkan semuanya hanya untuk diri sendiri semata. Hipokrit!!! Inilah penipu paling besar. Rakyat semakin tertindas semakin melarat. Golongan kayangan masih mampu bertahan, bagaimana pula si picisan yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang.


Ahad, 9 April 2017

Kenapa sama agama tapi asyik berperang? Kerana banyak cabang Mazhab dan Aliran

 




Mazhab (مذهب) ditakrifkan sebagai aliran, fahaman, atau ajaran dalam bidang-bidang tertentu. Dalam konteks agama Islam, mazhab digunakan bagi membawa maksud "cabang ajaran Islam yang diikuti oleh umat Islam iaitu mazhab Syafii, Hanafi, Hambali dan Maliki. Ia turut digunakan bagi maksud "ajaran Kristian yang telah menyimpang daripada yang asli".(Sumber dari Wikipedia)


Dalam satu agama sahaja sudah ada 4 pecahan Mazhab. Selain daripada 4 pecahan mazhab ini terdapat pula aliran-aliran lain di bawah Mazhab ini antaranya Syiah dan Wahabi atau Salafi. Ini hanya di antaranya yang popular yang biasa kita dengar. Teapi yang sebenarnya ada terlalu banyak mungkin beratus fahaman dan aliran. Jadi boleh faham mengapa Umat Islam berpecah belah. Setiap fahaman dan aliran pula merasakan dia lebih baik dari yang lain. Mereka la yang benar sebenar-benarnya dan merkalah yang akan menghuni Syurga kelak. Selain daripada apa yang fahaman mereka lakukan adalah bid'aah. 





Dahulu ketika kecil semasa menonton televisen melihat perang di Bosnia, Iraq, Palestin, Syrua, bukan aku sahaja tetapi pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa umat Islam ini sering berperang. Dan mengapa ada sesetengah negara Islam lain tidak mahu membantu? Walaupun dibantu mereka akan terus berperang kerana memang itulah sifat manusia. Tamak dan angkuh. rela berperang dan berbunuhan mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah, wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa, hanya konon-kononya demi agama. Padahal demi kepentingan individu tertentu, demi kuasa. Kasihan..... tak tahu di mana simpati lagi hendak aku letakkan kepada wanita dan kanak-kanak yang teraniaya. Kadang-kadang bila fikir tentangnya pun boleh menitiskan airmata. Kejamnya dunia lelaki dan sangat mementingkan diri sendiri!!



Apa hendak dikata, kerana ini bukan perkara baharu. Ianya telah berlarutan sejak beratus tahun malah beribu tahun lamanya. Menghunakan alasan agama sedangkan peperangan yang mereka cetuskan hanya untuk kepentingan invidu, kumpulan atau organisasi tertentu. Aku tidak tahu jika orang lain tidak muak dengan peperangan atas nama agama dan Allah, kerana aku sudah muak dengan pembohongan ini.

 


Khamis, 9 Mac 2017

Kisah Si Dajjal. Siapakah sebenarnya Dajjal kepada kita semua?

 



Kisah Dajjal ini ada terlalu banyak versi dan andaian manusia tentang siapa atau apakah itu Dajjal. Bukan itu sahaja, malahan, hampir kesemua agama percaya akan tiba satu masa nanti ada satu makluk yang akan keluar diakhir zaman yang akan membawa keburukan dan bencana kepada semua umat manusia. 

Mungkin bagi penganut agama Islam, mereka menyangka hanya mereka sahaja yang percaya akan kewujudan Dajjal atau makhluk akhir zaman ini. Hakikatnya, semua agama dan kepercayaan mempercayainya. Cuma, mungkin berbeza nama atau gambaran. Namun, tujuannya dan akibatnya adalah hampir sama.



Pernah satu ketika saya bersembang dengan seorang kawan yang lebih berusia tentang Dajjal. Pemahaman dan penerangan beliau tentang Dajjal kepada saya adalah:

        

Dajjal ini bukan penyakit, virus seperti yang ramai orang sedang perkatakan. Dah tertulis dalam al-Quran Dajjal itu manusia dari keturunan nabi sendiri. Panjang lagi penjelasan beliau tak larat saya hendak menulisnya. Beliau juga ada menyentuh tentang hari Kiamat di mana nanti kesemua teknologi akan hilang dan kita akan berperang dengan menggunakan senjata-senjata zaman dahulu seperti pedang dan busur. Di 4 panglima menaiki kuda putih akan datang dari 4 penjuru dunia dan sebagainya. (Saya akan kupas tentang hari kiamat di halaman tentang hari kiamat ya)


Kemudian ada seorang kawan lain pula memberitahu saya pendapat beliau tentang Dajjal. Agak menarik andaian beliau namun bertentangan dengan kenyataan di atas.


Dajjal kan bermata satu. Cuba tengoj handphone kita. Sekarang semua orang mesti ada handphone dan asyik dengan handphone tidak kira sama ada main game, bersosial, juga membeli belah. Malah, ramai juga melakukan perkara-perkara tidak senonoh di telefon dengan menonton filem lucah, membuat panggilan atau perbualan yang tidak sepatutnya dan berbagai lagi. Kalau kita lihat bentuk telefon itu sendiri dengan screen maka ianya boleh dikatakan bermata satu.


Saya tidak mengiyakan dan tidak menafikan apa sahaja pendapat mereka saya biarkan. Kerana saya sendiri tidak tahu siapa itu Dajjal dan bagaimana rupanya Dajjal. Memang ada di tulis di dalam al-Quran gambarannya tetapi ianya dalam bentuk metafora. Dajjal boleh jadi apa sahaja. Malah ada seorang kawan yang lain pula mengatakan lain pula tentang Dajjal.


Dajjal ini keturunan Yahudi yang asal. Bukan di Israel tetapi golongan Yahudi yang terletak di satu pergunungan di Russia. Setelah beratus-ratus tahun mereka ini telah berkembang ke seluruh dunia dan menguasai dunia dalam semua bidang utama serta menguasai kewangan dunia serta mengawal kesemua bidang-bidang-ini antaranya ialah bidang perbankan, pembelajaran, teknologi dan pemakanan. Mereka sangat ramai bukan mereka yang kita sangka berbangsa Yahudi di Israel sebaliknya mereka terdiri daripada berbagai-bagai keturunan atau tribe sebenarnya.

 

Since the biblical period, Jews have been divided into three religious groups:

Kohanim (Priests)

The descendants of the sons of Aaron who served as priests in the Temple in Jerusalem;

Levites

The descendants of the tribe of Levi, who also worked in the Temple as musicians, singers, guards, and gatekeepers; and

Israelites (Yisraelim)

Those from the other 11 tribes.


Banyak juga pendapat lain tentang Dajjal. Mari kita lihat ciri-ciri Dajjal atau makhluk akhir zaman ini dari sudut agama Islam.


Mengikut Al-Quran, gambaran Dajjal adalah seperti berikut:


     1. Ciri Fisik Dajjal ahli neraka


Ulama pernah mendebatkan tentang sosok Dajjal ahli neraka ini yang berhubungan dengan kiamat menurut islam. Sebagian menganggap ia adalah wujud dari peradaban maju atau sebuah bangsa. Namun sebagian lagi mengatakan jika Dajjal ahli neraka adalah manusia. Hal ini ditegaskan dalam sebuah hadist, Rasul berkata, “Dia adalah seorang pemuda yang sangat keriting rambutnya, hilang cahaya matanya.” Dari Hadist ini maka bisa disimpulkan jika Dajjal ahli neraka adalah seorang manusia dan masih muda.


 Tak hanya itu, Dajjal ahli neraka juga sering dicirikan dengan buta sebelah matanya. Serta tanda terakhir adalah tulisan di dahinya yang mempunyai lafal arab “Kaf” “Fa” “Ro” yang artinya adalah kafir. Tulisan ini hanya bisa dilihat mereka yang benar-benar beriman kepada Allah.


“Aku akan menceritakannya kepada kalian dan tidak ada seorang Nabi punmelainkan telah menceritakan tentang Dajjal ahli neraka kepada kaumnya. SungguhNabi Nuh ‘Alaihis Salam telah mengingatkan kaumnya. Akan tetapi aku katakan kepada kalian tentangnya yang tidak pernah dikatakan oleh seorang Nabi punkepada kaumnya, yaitu Dajjal ahli neraka itu buta sebelah matanya sedangkanAllah sama sekali tidaklah buta,” (HR. Bukhari no. 3337 dan Muslim no.169).



     2. Mereka Para PengikutDajjal ahli neraka 


Sering diceritakan pulajika Dajjal ahli neraka akan jadi pemimpin dari sebuah kaum yang nantinya akanberkonfrontasi dengan umat Islam. Dalam sebuah hadist, Nabi menjelaskan siapamereka yang jadi pengikut dajjal ahli neraka ini.


“Akan mengikuti Dajjal ahli neraka dari kaum Yahudi Ashbahan 70 ribuorang, mereka memakai semacam thayalisah (sejenis kain yang diselempangkandi pundak).” Termasuk para pengikut Dajjalahli neraka adalah orang-orang yang pandai membaca Al-Qur’an namun tak melewati tenggorokan mereka. Maksudnya adalah Muslim tapi tidak benar-benar memahami apa yang dianutnya. Mereka semua ini akan disenangkan oleh Dajjal ahli neraka dengan berbagai tipu muslihat, namun pada akhirnya akan masuk ke dalam nerakanya Allah selama-lamanya.



     3. Kemampuan Dajjalahli neraka yang Harus Diwaspadai 


Dajjal ahli neraka adalahfitnah terberat manusia di zaman akhir dan Allah memang memberi makhluktersebut kemampuan untuk melakukan hal-hal yang mencengangkan. Dalam banyakriwayat dikatakan jika Dajjal ahli neraka mampu menggenggam surga dan neraka.Manusia di akhir zaman nanti akan dihadapkan dengan ini. Tapi, sesungguhnya apayang jadi surganya Dajjal ahli neraka jadi nerakanya Allah dan sebaliknya. Tak hanya mampu membawasurga dan neraka, Dajjal ahli neraka juga bisa membunuh seseorang danmenghidupkannya lagi. Tak hanya itu, Dajjal ahli neraka bisa memerintah Bumidan juga mampu menurunkan hujan. Satu lagi yang jadi kemampuan terbesar Dajjalahli neraka, hal tersebut adalah harta-harta yang jumlahnya tak bisa dikira danhanya diberikan kepada mereka yang mau mengikuti perintahnya.


Bagi agama Kritian pula mereka percaya pada akhir zaman nanti akan datang The Beast yang sifat dan perbuatanya adalah seperti Dajjal. Manakala Hindu percaya kepada Adharma dan Budha juga cuma berbeza nama ini kerana Hindu adalah asas kepada agama Buddha.


Bagi Abraham religion iaitu pengikut Agama Islam, Kristian, dan Yahudi yang percayakan kepada Kitab-kita Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran, Dajjal akan datang dan kemudiannya Imam Mahdi akan datang untuk menyelamatkan umat manusia diikuti dengan Nabi Isa ini hanya pada penganut agama Islam sahaja. Manakala Kritian dan Yahudi percaya Jesus atau Nabi Isa akan kembali.


Manakala agama Hindu dan Budha juga percaya apabila manusia mula hidup di era terakhir yang juga di panggil sebagai Dharma, di mana pada zaman ini kejahatan, kezaliman, korupsi, penganiyaan, maksiat berleluasa dan mereka yang mempunyai wang disanjung walaupun kekayaan itu daripada cara yang salah, malah tokoh-tokoh agama juga sudah tidak diboleh dipercayai. Mereka juga percaya akan ada penyelamat yang akan datang. Jika Abraham religiom percaya akan Imam Mahdi, Kristian percaya akan Nabi Isa akan kembali, Hindu percaya Kalkin atau jelmaan dewa Vishnu akan kembali.

Jumaat, 10 Februari 2017

Lebih baik tidak berkawin. Mengapa? - Perkahwinan sepatutnya mudah.

 


Perkahwinan sepatutnya dipermudahkan dan bukan dibebankan.

Trend masa kini dan juga tanggapan masyarakat dan keluarga tentang sesebuah majlis perkahwinan telah menjadikan satu ikatan suci kepada beban. Mengapa boleh jadi begini?






Perkahwinan wujud dalam setiap agama dan kepercayaan walau berbeza konsep tetapi perkahwinan sememangnya satu hubungan yang baik dalam pembentukan institusi kekeluargaan. Tanpa perkahwinan, akan berlaku hubungan seks rambang, kelahiran banyak bayi luar nikah tanpa ibu dan bapa, penyebaran penyakit kelamin dan banyak lagi. Oleh kerana itu, perkahwinan perlua ada untuk mewujudkan institusi kekeluargaan yang harmoni dan bersih untuk sejagat.


Jadi kenapa masih juga ramai yang tidak berkahwin? Dan jika berkahwin, ramai pula yang bercerai-berai? 


Banyak persoalan mula timbul tapi kita akan bincangkan tentang masalah sosial masa kini yang menyebabkan ramai yang memilih bersekedudukan daripada berkahwin? Apakah puncanya? Agama? Keluarga? Atau diri sendiri memilih hidup sebegitu? Walau apapun, ia pasti ada sebab jika sesuatu tindakan dibuat. Jadi apakah sebabnya?


Di barat, kita dapat lihat perkahwinan bukan kagi kemestian. Mereka memilih hidup bersama-sama untuk bertahun-tahun dan hanya memilih untuk berkahwin secara sah jika bersedia. Malah ada yang tidak berkahwin sehingga ke hari tua mereka dan tetap bersama. Ianya juga bertentangan dengan ajaran Kristian namun ianya sudah menjadi kebiasaan dan diterima pakai oleh semua orang berdasarkan situasi semasa. Perkahwinan dianggap satu tanggungjawab yang berat dan komitmen yang sangat tinggi dan mahal dalam sesuatu perhubungan oleh kerana pemahaman dan perspektif masyarakat terhadap  institusi ini terutamanya untuk membuat hanya majlis perkahwinan.


Bayangkan perbelanjaan yang diperlukan untuk sesebuah majlis perkahwinan dari pakaian, door gifts, jamuan makan, temoat, kad jemputan dan macam-macam lagi. Beruntunglah jika anda anak orang kaya yang mampu ditanggung oleh keluarga bagi perbelanjaan majlis perkahwinan. Bagaimana pula mereka yang kurang berkemampuan? Bertahun-tahun bekerja, dan perlu berhutang untuk sebuah majlis perkahwinan, akhirnya yang dibina berakhir dengan penceraian. Ada juga sesetengah bangsa yang mana adat dan budaya mereka meletakkan bebanan dowry atau wang hantaran pada wanita. Maka, wanita menjadi beban kepada ibu bapa jika tidak mampu menyediakan dowry. Jadi apa terjadi kepada mereka yang tidak mampu untuk berkahwin, bercinta tetapi majlis perkahwinan yang  membebankan, sedikit sebanyak, perkahwinan semakin hilang ditelan zaman. Jadi maksiat berleluasa, seks bebas, institusi kekeluargaan semakin rapuh. 


Kenapa semuanya menjadi mahal? Kenapa semuanya dari agama, adat, budaya, pelajaran dipolitikkan dengan wang. Memang ia menguntungkan sesetengah pihak namun lebih banyak membebankan dan akhirnya ianya pudar di telan zaman dan manusia mula hilang kepercayaan dan memilih kebebasan. Siapa yang perlu dipersalahkan dalam hal ini? Apabila wang menjadi keperluan utama, maka diri kita telah diperhambakan tanpa kita sedari.





Isnin, 9 Januari 2017

Apakah tujuan agama? - Kisah tentang agama dan tanggapan manusia.

 Bila mencari makna dan mendalami agama yang kita warisi, adakah kita akan lebih memahaminya atau menjauhinya? Kita dilahirkan di dalam agama yang telah ditentukan sejak kita lahir. Kita tidak diberi pilihan untuk memilih. Namun, setiap agama di dunia ini mengajar tentang kebaikan. Walaupun dibesarkan dalam agama masing-masing dan di ajar tentang kebaikan mengapa kita masih melakukan kejahatan? Adakah agama yang patut dipersalahkan? Agama itu sepatutnya membawa kepada kebaikan, membentuk keperibadian dan mewujudkan kelompok manusia yang baik, jadi mengapa agama dilihat membawa kepada perpecahan, pergaduhan dan peperangan? Apakah sebenarnya agama? Apakah tujuan agama?





Kebanyakan dari kita membesar dengan agama yang kita telah anuti sejak kita dilahirkan. Kita diajar solat, membaca kitab agama, sejarah-sejarah agama kita, tokoh-tokoh agama kita. Selain kita diajar tentang kebaikan dan keburukan juga syurga dan neraka. Perkara paling menakutkan dalam hidup kita yang sering digembar-gemburkan ialah apabila kita melakukan sesuatu kesalahan kita akan di masukkan kedalam api neraka. Api neraka pula ada 7 jenis untuk kesalahan yang berbeza. Secara umumnya api neraka dikatakan 70 kali ganda lebih panas dari api biasa di dunia. Walaupun tidak pernah melihatnya apatah lagi menyentuhnya, namun kita semua takut akannya namun masih berani meingkari dan melakukan kesalahan-kesalahan yang akan membuat kita dicampakkan ke dalam neraka. 


Jadi persoalan di sini...jika kenapa manusia masih lagi melakukan perkara yang bertentangan dengan agama walaupun diketahui akan masuk ke neraka jika melakukannya? Adakah kerana manusia sebearnya tidak takut dengan api neraka? Atau sebenarnya jauh disudut hati tidak percaya akan kewujudan api neraka? Atau mungkin percaya dan mungkin tidak? Tidak ambil peduli mungkin? Atau kerana agama itu sendiri menjanjikan syurga walau apapun perbuatan jahat yang kita lakukan? Maka berebut-rebutlah orang hendak menjadi pengikut agama tersebut..


Agama menjadi rebutan kepada mereka yang mengejar syurga. Apakah itu syurga. Syurga yang diandaikan setiap manusia di mana imaginasi indah yang telah diwujudkan dan ditanamkan dalam fikiran kita sejak kecil walaupun sebelum kita belajar mengeja dan membaca lagi. 

Tetapi, setiap agama menjanjikan syurga atau pengakhiran yang baik kepada pengikut yang taat dan patuh pada ajaran manakala yang ingkar pula akan mendapat balasan neraka. Maka, lahirlah pendokong-pendokong agama ynag memperjuangkan syurga. Tokoh-tokoh agama pula dipandang tinggi dan mulia dan Raja pula pendokong sistem beragama kerana pada zaman dahulu, Raja yang membawa Agama, dan sesiapa yang memiliki agama dia memiliki kuasa, empayar dan kekayaan. Namun, pada masa kini, agama dilepaskan kepada Tokoh Agama dan Raja lebih kepada Penasihat yang membeaskan Raja dari beban dan tanggungjawab agama. Walaupun ramai yang mungkin tidak bersetuju, namun ini adalah hakikat.

Dan bila agama menjadi satu sumber pendapatan, kekuasaan, pangkat dan penghormatan, ketamakan mula timbul. Manusia memang dilahirkan dengan naluri dan nafsu tamak, namun itu bukan bermakna manusia itu jahat. Mereka hanya menjadi jahat bila mereka memutuskan mereka hendak menjadi jahat dan mereka boleh menjadi baik jika mereka memilih untuk menjadi baik.

Tapi tidak mudah menolak godaan wang, pangkat, kuasa dan kemahsyuran. Perjuangan yang dahulu untuk kebaikan sejagat mula di kawal berdasarkan kepentingan individu, organisasi atau kumpulan-kumpulan yang inginkan 4 perkara di atas. Prinsip dan mata telah digelapi oleh nikmat dunia.

Tidak salah untuk mendapatkan wang, pangkat, kuasa dan kemahsyuran. Tetapi masalahnya, kebanyakannya yang telah diberi peluang telah menjadi tamak. Mula melebihkan kepentingan diri sendiri, kaum kerabat sedangkan pengikut yang bermatian-matian memperjuangkan agama ditindas dan dipijak-pijak, hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Di manakah keadilan yang diperjuangkan, di manakah kebaikan yang diajarkan. 

Jika betul agama itu mendatangkan kebaikan, kenapa manusia sering berperang malah masih berperang sehingga ke hari ini. Jika agama mendidik manusia menjadi orang yang baik, kenapa masih ramai orang jahat di luar sana? Agamakah yang bersalah? Pentingkah berperang kerana agama walau membunuh mereka yang tidak bersalah? Di manakah agama jika hati masih penuh kejahatan, dendam dan ketamakan?

Teluk Mahkota, Sedili Besar Minggu ini

 Bertolak dari rumah pada pukul 6.30 pagi. Panaskan enjin dalam 5 minit sebelum memulakan perjalanan. Persediaan kali ini lebih mudah dari m...