Memaparkan catatan dengan label Travelog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Travelog. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Mac 2021

Teluk Mahkota, Sedili Besar Minggu ini



 Bertolak dari rumah pada pukul 6.30 pagi. Panaskan enjin dalam 5 minit sebelum memulakan perjalanan. Persediaan kali ini lebih mudah dari minggu lepas kerana sudah ada pengalaman sebelum ini dan barang-barang seperti tikar, botol air untuk minum dan cuci kaki, comforter bantal, beg pakaian semua dah tersedia awal tidak seperti sebelum ini. Agak kelam kabut mungkin kerana pertama kali setelah sekian lama berehat dari piknik dan camping. 

Sebelum ini agak kerap juga pergi berpiknik dan camping malah sebelum pelaksanaan PKP kali kedua ini saya telah bercamping sehingga ke Terengganu. 

Kedatangan saya ke Teluk Mahkota ini pada minggu sebelum ini dan kali ini hanya berpiknik sahaja. Kami bertolak selepas Subuh dan pulang pada petang hari. Ramai yang sudah mula bercamping sejak minggu lepas.

Saya sukakan laut dan berada dekat dengan laut, bayu laut, desiran pasir dan bunyi ombak sangat menenangkan saya. Seolah-olah sesuatu memanggil saya ke sini. Sekolah-olah ada sesuatu tentang laut, rahsianya yang membawa saya ke sini.



Teluk Mahkota, Sedili Besar Minggu ini

 Bertolak dari rumah pada pukul 6.30 pagi. Panaskan enjin dalam 5 minit sebelum memulakan perjalanan. Persediaan kali ini lebih mudah dari m...