Baru sahaja kita dengar berita tentang banjir di negara kita yang sedang reda di kawasan pantai Timur dan Selatan, kini banjir di Sabah dan Sarawak pula. Kemudian apabila pesawat Sriwijaya Air terhempas, Amerika pula sedang huru-hara sejak kekalahan Trump dengan tunjuk perasaan bertukar kepada tunjuk perasaan bersenjata, kemudian hari ini Gunung Semeru meletus lagi melepaskan debu tebal.
Sejak 2-3 tahun kebelakangan ini perubahan dengan peradaban manusia memang mula berubah dengan dahsyatnya, perang dan keganasan di sana sini di sebalik ramai yang sedang melalui perjalanan kebangkitan rohani. Yang kejam masih terus kejam, yang masih tidak bangkit masih ramai, namun ramai juga yang mula bangkit.
Begitu juga dengan iklim dunia. Perubahan iklim dunia jugak sejak 2-3 tahunkebelakangan ini agak haru-biru. Kebakaran hutan, bajir, ribut taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi sehingga kutub utara juga mula mencair malah pandemik akibat Corvid19 yang telah melumpuhkan seluruh ekonomi dunia.
Kemana akhirnya kesemua ini akan membawa kita umat manusia? PENYATUAN ATAU KEMUSNAHAN? Adakah anda takut? Adakah anda tidak takut? Atau mungkin anda tidak tahu apa mahu dijangka. Saya telah membuat banyak ramalan dan memberitahu kepada ramai sebelum ini, namun ramai yang tidak mempercayainya. Malah saya telah membuat ramalan politik juga. Entah dari mana saya tahu juga saya tiada jawapan tapi itulah kelebihan saya.
Walau apa pun yang kita sedang lalui dan akan lalui, hadapinya dengan hati yang terbuka dan berpeganglah pada hati anda. Biarkan hati menjadi panduan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan