Ahad, 10 Januari 2021

Hujan lagi dari semalam. Banjir baru sahaja reda. Corvid19 masih memuncak. Sang Politikus mahukan Pilihan Raya.

 



Aku dah bangun dari pukul 4.30 pagi tadi. Bangun agak awal pagi entah kenapa aku pon tak tau. Hujan masih belum berhenti dari semalam. Kali terakhir hujan begini, tak berhenti, habis banjir di beberapa daerah di Johor Bahru dan beberapa negeri lain yang turun mengalami hujan tak berhenti seperti di sini. Mujur kawasan tempat aku tinggal agak tinggi. Walaupun aku selamat, namun bila lihat di tv keadaan banjir, sedih pula rasa.


Aku sukakan hujan dan cucaca nyaman seperti ini. Bukan aku tidak sensitif terhadap sekeliling aku, cuma siapa sangka dikala kita menikmati cucaca indah, nyaman, sejuk dan tenang, di tempat orang lain ianya adalah musibah. Ini juga antara rahasia Tuhan yang kita tidak ketahui. Disebalik setiap kegembiraan pasti terselit kedukaan.


Kadang-kadang sekecil-kecil perkara yang tidak penting untuk kita amat besar nilai dan maknanya kepada orang lain. Sebagai contoh, aku banyak baju yang tidak berpakai, sudah tidak muat atau terlalu banyak sangat. Tetapi di tempat lain ada orang yang tidak ada pakaian yang secukupnya, jika adapun pakaiannya compang-camping. Begitulah resam dunia. Kenyataan ini pahit namun harus ditelan. Susah untuk minta keadilan sejagat kerana ianya perlukan kerjasama sejagat juga. Jika aku seorang sahaja yang hendak melawan mempertahankan keadilan, menghalang penindasan, takkan menjadi. Apalah daya aku seorang di atas planet yang ada lebih kurang 7.7 biilion manusia ini. Aku ini hanya ibarat sebutir pasir di lautan. Hanya jika semua pasir ini dikumpulkan, barulah ianya cukup untuk membentuk istana pasir. Namun jika terkena ombak sedikit-sedikit ia mula terhakis dan jika ombak terlalu kuat, sekali hempasan cukup untuk memusnahkannya. Seprti itu juga hati kita manusia yang sering berbolak balik. Kuatkah kita menentang ketidak adilan sistem dunia? Mampukah kita?


Di media sosial pulak aku terbaca bahawa seorang presiden sebuah parti yang korup ini meminta pilihanraya. Sangat Sellfish!! Dikala pandemic ini banyak business yang gulung tikar danramai orang kehilangan pekerjaan akibat kadar jangkitan yang semakin meningkat, beliau mahukan pilihan raya. Walaupun tahu akibatnya memandangkan sudah ada contoh akibat daripada Pilihan Raya di Sabah yang sehingga kini impaknya masih belum hilang. Banjir yang baru reda disesetengah daerah dan negeri juga melihat begitu banyak kemusnahan harta benda dan hari ini hujan turun lagi tidak berhenti. Apalah yang difikirkan merela golongan ahli politik yang sudah tentunya korup ini. Sekurang-kurangnya mereka masih tinggal dirumah yang mewah, ada duit untuk berbelanja besar lagi sedangkan rakyat sudah terpaksa mengikat perut.


Kadang-kadang, manusia jika sudah terdesak akan sanggup lakukan apa sahaja demi melepaskan diri walau menggadai nyawa orang lain, walau mengorbankan orang lain. Janji, harta dan pangkat dapat diselamatkan. Bila nafsu dan syaitan beraja di hati, menggunakan nama agama, Allah, perjuangan, dan keadilan sedangkan semuanya hanya untuk diri sendiri semata. Hipokrit!!! Inilah penipu paling besar. Rakyat semakin tertindas semakin melarat. Golongan kayangan masih mampu bertahan, bagaimana pula si picisan yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Teluk Mahkota, Sedili Besar Minggu ini

 Bertolak dari rumah pada pukul 6.30 pagi. Panaskan enjin dalam 5 minit sebelum memulakan perjalanan. Persediaan kali ini lebih mudah dari m...