Kandungan:
- Apa itu Twin Flame?
- Sebab mengapa jiwa berpecah menjadi dua
- Ciri-ciri Twin Flame?
- Ciri-ciri Pertemuan dengan Twin Flame.
- Apa itu Tahap Pemisahan Twin Flame?
Panggilan. Apa yang memanggil? Panggilan keramat anda. Ia adalah panggilan rohani. Ya, anda telah dipanggil. Tetapi adakah anda memahami panggilan anda?
Pada hari ini ramai yang sedang meniti titian rohani. Ramai yang telah dibukakan mata hatinya untuk meniti titian ini. Ianya bukan satu jalan yang mudah. Amat sukar dan ramai ynag tergelincir. Akibatnya, terpaksa meniti semula. Ramai yang keliru dan masih keliru tentang panggilan mereka. Kadang-kadang, jika dibantu, selagi ego dan nafsu masih tinggi dan tebal dalam diri, agak sukar untuk dibantu. Walaupun ada juga yang mengatakan mereka tidak ada ego dan nafsu sebegitu, hakikatnya mereka masih ada semua itu malah, penafian itulah ego mereka, namun mereka tidak mnyedarinya. Di sinilah ujian untuk mereka yang cuba membantu. Melawan ego, nafsu dan kesombongan mereka yang sedang dalam perjalanan kerohanian.
2. Setelah itu, mereka akan mula berubah kepada seorang yang sangat penyedih, mudah simpati dan mudah menangis. Mengapa? Sedangkan sebelum ini penuh dengan kemarahan dan kebencian? Bukankah saya katakan bahawa mereka perlu belajar mengenali diri sendiri, memahami perjalanan hidupnya dan belajar daripadanya? Selepas mereka telah belajar, barulah mereka mula memahami mengapa semua ini berlaku kepada mereka, kepada manusia, kepada dunia. Apa yang berlaku sebelum ini, kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan, kekejaman dunia memberikan terlalu banyak penyesalan dan penyiksaan dalam hati mereka sehingga mereka mula memandang dunia dengan berbeza walaupun terhadap perbuatan jahat orang lain. Di sinilah peringkat di mana mereka mula menjadi empath.
Hidup akan dipenuhi kesedihan dan dunia seakan-akan tempat yang sudah tidak dikenali lagi. Mereka akan mula menyendiri. Menjauhi kawan-kawan yang dulu sering berhibur, bershopping dan bergossip. Energi atau tenaga negatif memenatkan dan menyakitkan mereka. Mereka sudah berubah secara mental dan emosional ketika ini. Ketika ini juga, mereka cuba memahami erti hidup mereka, apa yang menggembirakan mereka, apa yang mereka sebenarnya inginkan di dalam hidup. Kegagalan sebelum ini, mengapa, dan bagaimana untuk menjadi lebih baik dari sebelum itu.
Berapa lama tempohnya adalah bergantung ini kerana seseorang itu perlu belajar dari semua kesilapannya, memaafkan diri sendiri dan orang lain, belajar self love, belajar untuk mencintai dan dicintai dan bersedia untuk membuka hati kembali kepada cinta. Ianya mungkin mengambil masa setahun sekurang-kurangnya.
3. Menjalani hidup seperti yang di inginkan inilah panggilan sebenar anda atau your true calling. Ramai yang sangka panggilan mereka apabila mereka melalui spiritual awakening ini adalah untuk membangkitkan orang lain juga dan mula membuat seminar, program, kerohanian bagi menggalakkan orang lain menjalani perjalan rohani juga. Panggilan rohani bukanlah tugasan kita, walau kita cuba membangkitkan mereka, jika belum tiba masanya bagi seseorang itu meniti perjalanan ini, mereka tidak akan dapat memahaminya. Ini adalah kerja Dia yang Maha Kuasa.
Tugasan kita adalah untuk memberikan kebahagian kepada diri kita, menjadi diri kita yang sebenar, menjalani kehidupan yang baik, menjaga tubuh kita yang dipinjamkan kepada roh kudus kita supaya dapat berjalan di atas muka bumi ini. Hidup kita sebelum ini ibarat robot yang mengikut masa seperti yang ditetapkan, melakukan perkara seperti yang disuruh, mengejar wang dan kemewahan dunia yang membelenggu jiwa kita dari rasa gembira, menjadi hamba cinta sehingga mengabaikan diri sendiri, jiwa kita telah terkunci dalam kelekaan kita terhadap kesibukan dunia.
Jadi, apabila anda menerima panggilan rohani, ini adalah penggilan supaya anda membebaskan diri anda dari semua itu. Menjadi diri anda, lakukan perkara yang anda berbakat dan ingin lakukan sekian lama.
3. Jika sebelum ini anda mula menjauhkan diri dengan dunia, anda takut dengan nikmat dan keseronokan dunia, pada peringkat ini anda akan kembali kepada dunia semula. Kalau dulu anda takut akan wang kerana wang telah menjadikan anda hanyut, anda takut akan pangkat dan kuasa kerana pangkat dan kuasa menjadikan anda sombong, anda takut akan kekayaan kerana harta menjadikan anda tamak. Namun di peringkat ini, anda mula mendapatnya semula, namun pandangan anda terhadap wang, kekayaan, pangkat dan kuasa adalah berbeza. Anda lebih matang dan jiwa anda lebih tenang dalam menghadapi godaan dunia.
Anda mula melakukan sesuatu yang anda sukai dalam hidup anda dan mencapai tahap yang mungkin di luar jangkaan anda, memiliki kembali segalanya namun, anda akan manfaatkannya untuk kebaikan anda dan manusia sejagat. Anda bukan lagi orang yang tamak, bongkak sebaliknya anda sentiasa memikirkan bagaimana untuk menjadikan dunia ini lebih baik kepada semua.
Inilah yang diharapkan terhadap semua manusia sejagat. Namun manusia semuanya hatinya berbolak balik. Pada era ini lebih ramai yang telah dipanggil malah di usia muda telah mendapat panggilan, alangkah beruntungnya.
Generasi muda yang telah menerima panggilan, menolah ketidaksama rataan, menyokong keadilan tanpa mengirana warna kulit, bangsa dan agama. Jadi, peperangan yang bakal kita hadapi pertama sekali adalah peperangan terhadap diri kita sendiri, diri kita yang lamaa. Kemudian kita perlu berjuang membantu mereka yang belum lagi bangkit tetapi perlu melawan mereka yang yang menentang kebangkitan ini.
Jadi, mulalah menjawab panggilan yang anda terima dan mencintai diri anda lebih daripada yang lain terlebih dahulu. Jika anda tidak mampu mencintai diri anda sendiri, tidak mampu menjaga diri anda sendiri, bagaimana anda mahu mencintai orang lain, bagaimana anda mampu untuk menjaga orang lain? Jika anda tidak boleh menguruskan diri anda, kesihatan anda, tubuh badan anda, bagaimana anda mahu menjaga sebuah keluarga?
Self-love is not selfish; you cannot truly love another until you know how to love yourself.
Karma = tindakan
Cara terbaik untuk mencapai matlamat anda adalah memastikan supaya anda sentiasa dapat mengingatinya, jadi anda selalu mencari cara untuk mendekatkan diri dengan impian dan matlamat anda itu- dan papan visi adalah alat yang tepat untuk membantu anda melakukannya.
Dengan meletakkan papan visi di suatu tempat di mana anda dapat melihatnya setiap hari, anda akan mendorong diri anda untuk menggambarkan kehidupan ideal anda secara berkala. Perlu diingatkan lagi bahawa ini adalah sangat penting kerana visualisasi mengaktifkan kekuatan kreatif minda bawah sedar anda dan memprogram otak anda untuk melihat sumber yang sedia ada yang selalu tersedia sebenarnya tetapi tidak dapat diketahui oleh anda. Melalui Hukum Tarikan, visualisasi juga dapat menarik apa sahaja untuk anda tidak kira sama ada orang, sumber, dan peluang yang anda perlukan untuk mencapai tujuan anda.
Dengan menambahkan latihan visualisasi ke dalam rutin harian anda, secara semula jadi anda akan menjadi lebih termotivasi untuk mencapai tujuan anda. Anda akan mula menyedari bahawa anda secara tidak disangka melakukan perkara yang mendekatkan anda dengan kehidupan ideal anda. Tiba-tiba, anda mendapati diri anda sukarela untuk memikul lebih banyak tanggungjawab di tempat kerja, mula bercakap di perjumpaan kakitangan, bertanya secara langsung mengenai perkara yang anda mahukan, dan mengambil lebih banyak risiko dalam kehidupan peribadi dan profesional anda - dan mula mengalami imbalan yang lebih besar.
Pasti hebat bukan?!
Pertimbangkan untuk memasukkan gambar diri anda di papan anda. Sekiranya anda melakukannya, pilihlah yang diambil dalam masa gembira. Anda juga ingin meletakkan, kata-kata inspirasi, petikan dan pemikiran anda di sini. Pilih kata dan gambar yang memberi inspirasi kepada anda dan membuat anda berasa selesa.
Anda boleh menggunakan papan penglihatan anda untuk menggambarkan tujuan dan impian dalam semua bidang kehidupan anda, atau hanya dalam satu bidang tertentu yang anda fokuskan. Jaga kekemasan papan visi anda, dan jadi selektif mengenai apa yang anda letakkan di papan penglihatan anda. Adalah idea yang baik untuk mengelakkan membuat papan yang berantakan atau huru-hara ... anda tidak mahu menarik kekacauan dalam hidup anda.
Gunakan hanya kata-kata dan gambar yang paling sesuai dengan tujuan anda, masa depan ideal anda, dan kata-kata yang menginspirasi emosi positif dalam diri anda. Terdapat keindahan dalam kesederhanaan dan kejelasan. Terlalu banyak gambar dan terlalu banyak maklumat akan mengganggu dan sukar difokuskan.
Sekiranya anda berusaha menvisualisasikan dan membuat perubahan dalam banyak bidang kehidupan anda, maka anda mungkin ingin menggunakan lebih dari satu papan penglihatan. Anda mungkin menggunakan satu untuk tujuan peribadi anda dan yang lain untuk tujuan kerjaya dan kewangan. Anda mungkin mahu menyimpan papan wawasan kerjaya anda di pejabat atau di meja anda sebagai alat inspirasi dan penegasan. Apa sahaja yang anda putuskan untuk dilakukan, belajar bagaimana membuat papan visi - dan menggunakannya dengan kerap - adalah kaedah terbaik untuk menggambarkan idea dan impian anda untuk membuahkan hasil.
Mazhab (مذهب) ditakrifkan sebagai aliran, fahaman, atau ajaran dalam bidang-bidang tertentu. Dalam konteks agama Islam, mazhab digunakan bagi membawa maksud "cabang ajaran Islam yang diikuti oleh umat Islam iaitu mazhab Syafii, Hanafi, Hambali dan Maliki. Ia turut digunakan bagi maksud "ajaran Kristian yang telah menyimpang daripada yang asli".(Sumber dari Wikipedia)
Dalam satu agama sahaja sudah ada 4 pecahan Mazhab. Selain daripada 4 pecahan mazhab ini terdapat pula aliran-aliran lain di bawah Mazhab ini antaranya Syiah dan Wahabi atau Salafi. Ini hanya di antaranya yang popular yang biasa kita dengar. Teapi yang sebenarnya ada terlalu banyak mungkin beratus fahaman dan aliran. Jadi boleh faham mengapa Umat Islam berpecah belah. Setiap fahaman dan aliran pula merasakan dia lebih baik dari yang lain. Mereka la yang benar sebenar-benarnya dan merkalah yang akan menghuni Syurga kelak. Selain daripada apa yang fahaman mereka lakukan adalah bid'aah.
Dahulu ketika kecil semasa menonton televisen melihat perang di Bosnia, Iraq, Palestin, Syrua, bukan aku sahaja tetapi pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa umat Islam ini sering berperang. Dan mengapa ada sesetengah negara Islam lain tidak mahu membantu? Walaupun dibantu mereka akan terus berperang kerana memang itulah sifat manusia. Tamak dan angkuh. rela berperang dan berbunuhan mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah, wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa, hanya konon-kononya demi agama. Padahal demi kepentingan individu tertentu, demi kuasa. Kasihan..... tak tahu di mana simpati lagi hendak aku letakkan kepada wanita dan kanak-kanak yang teraniaya. Kadang-kadang bila fikir tentangnya pun boleh menitiskan airmata. Kejamnya dunia lelaki dan sangat mementingkan diri sendiri!!
Apa hendak dikata, kerana ini bukan perkara baharu. Ianya telah berlarutan sejak beratus tahun malah beribu tahun lamanya. Menghunakan alasan agama sedangkan peperangan yang mereka cetuskan hanya untuk kepentingan invidu, kumpulan atau organisasi tertentu. Aku tidak tahu jika orang lain tidak muak dengan peperangan atas nama agama dan Allah, kerana aku sudah muak dengan pembohongan ini.
Bertolak dari rumah pada pukul 6.30 pagi. Panaskan enjin dalam 5 minit sebelum memulakan perjalanan. Persediaan kali ini lebih mudah dari m...