Ahad, 18 Disember 2016

Hukum Tarikan

 Apa yang anda tahu tentangnya?


Apakah Hukum Tarikan?


Hukum Tarikan atau The Law of Attraction sering juga disebut-sebut sebagai LOA secara ringkasnya merupakan Hukum Alam Semesta yang paling popular dan sering digunakan di dalam mana-mana program motivasi, spirtual dan kehidupan ramai orang. Jadi apakah itu Hukum Tarikan?

Hukum Tarikan mengatakan bahawa anda akan menarik kembali apa-apa perkara yang anda fokuskan

Apa sahaja yang anda berikan tenaga dan perhatian terhadap perkara tersebut, ianya akan dikembalikan kepada anda. Saya maksudkan apa-apa sahaja!! Maka, amat penting untuk anda memahami hukum ini supaya anda memahami implikasinya kepada anda.

  • Oleh itu, jika anda terus fokus pada perkara yang baik dan positif dalam hidup anda, maka anda akan menarik lebih banyak perkara yang baik dan positif ke dalam hidup anda kembali
  • Sekiranya anda tertumpu hanya pada kekurangan dan perkara-perkara negatif, maka itulah perkara-perkara yang akan anda tarik kembali kedalam hidup anda.

Jadi, bagi mereka yang masih tidak tahu atau belum pernah membaca tentang hukum ini sebelum ini, anda sememangnya telah ditakdirkan untuk baca tulisan saya ini dan saya harap selepas tamat membaca anda akan mula menarik perkara-perkara positif kedalam hidup anda.

Mulai dari saat ini, anda sudah boleh mula memikirkan perkara-perkara positif dan mula membuat pilihan yang baik untuk menarik ianya kepada diri serta kehidupan anda.



Bagaimana Hukum Tarikan ini berfungsi:


"Suka menarik suka" 

Apakah yang dimaksudkan dengan suka menarik suka? 

Sekiranya anda merasa bersemangat, proaktif, gembira, bersyukur, menghargai, maka anda akan mengeluarkan satu bentuk frekuensi getaran tinggi dari dalam tubuh melalui pemikiran dan emosi anda yang menghasilkan tenaga positif kepada diri anda.

Sebaliknya, jika anda merasa bosan, cemas, tertekan, marah, benci, atau sedih, anda akan mengeluarkan satu bentuk frekuensi getaran rendah dari dalam tubuh yang menghasilkan tenaga negatif kepada diri anda.


Jadi, apakah kaitan tenaga, frekuensi getaran ini semua terhadap tubuh dan fikiran kita? Dan apa pula kaitannya dengan alam semesta? 

Perkaitannya adalah, manakala Alam semesta, melalui Hukum Tarikan, akan bertindak balas kembali dengan kuat terhadap frekuensi getaran yang anda hasilkan ini. Ia tidak menentukan mana yang lebih baik untuk anda tetapi bertindak balas terhadap apa yang anda hasilkan sahaja, ia hanya bertindak balas terhadap tenaga dan mengikut frekuensi getaran yang anda hasilkan, dan ia akan memberi anda lebih banyak getaran kembali berdasarkan frekuensi getaran yang sama anda hasilkan. 

Sebagai contoh, jika anda bangun pagi dengan ceria, anda akan memulakan hari anda dengan gembira, sepanjang hari anda akan dapat lihat lebih banyak keseronokan dalam hidup anda sehingga ke penghujung hari, dan begitu juga sebaliknya. Suka, menarik suka, masih ingat? Jadi, anda mendapat kembali apa yang anda berikan!! Jika kegembiraan yang anda letakkan, maka gembiralah yang akan anda dapatkan kembali.

Apa sahaja yang anda fikirkan dan rasakan pada waktu tertentu pada dasarnya adalah permintaan anda kepada alam semesta untuk perkara yang sama. Oleh kerana getaran tenaga anda akan menarik tenaga kembali kepada anda dengan frekuensi yang sama, anda perlu memastikan bahawa anda terus menerus mengirimkan tenaga, fikiran, dan perasaan yang sesuai dengan apa yang anda inginkan, lakukan, dan alami. 

Sekiranya kegembiraan dan cinta adalah apa yang anda inginkan maka anda perlu menarik getaran ini, maka frekuensi getaran kegembiraan dan cinta adalah yang anda mahu ciptakan.

Anda perlu berikan frekuensi getaran yang meghasilkan tenaga selaras dengan apa yang anda ingin tarik ke dalam hidup anda!




Artikel berkaitan:

12 Hukum Alam Semesta (The Law of Universe)

Hukum Tarikan

Hukum Tarikan. Tips & Langkah-langkah untuk Menjadikannya Berfungsi dalam Hidup Anda.

Hukum Tarikan dan Wang

Hukum Tarikan dan Cinta

Ahad, 4 Disember 2016

12 Hukum Alam Semesta

The Law of The Universe. Bagaimana Cara Mempraktikkannya dalam Kehidupan Kita


Ramai yang biasa mendengar tentang Law of Attraction atau Hukum Tarikan, bukan? Namun begitu sebenarnya Hukum Tarikan ini berada di bawah Hukum Alam Semesta  dan terdapat 12 hukum secara keseluruhannya di bawah undang-undang sejagat ini di mana Hukum Tarikan adalah salah satu daripadanya.

Jadi, saya akan memulakan penulisan blog saya tentang 12 Hukum Alam Semesta / Undang-Undang Sejagat atau lebih dikenali dengan The 12 Universal Laws untuk dikongsikan dengan pembaca semua. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua. Mungkin apa yang saya kongsikan agak berbeza dengan pemahaman anda dan mungkin juga ada yang sama. Namun begitu, saya berharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.


Penafian: Segala cerita dan perkongsian di dalam blog ini tiada kena mengena dengan nama atau individu yang berkaitan dengan nama tersebut atau dengan penulis. Segala watak dan cerita hanya sebagai teladan semata-mata.




 

Kita semua selalu mendengar tentang Hukum Tarikan atau The Law of Atraction — tetapi bagaimana dengan hukum-hukum lain di dalam Hukum Alam? Adakah anda mengetahuinya. Mungkin ada di antara anda yang mengetahuinya namun sejauh manakah anda memahaminya? Betul — undang-undang tarikan adalah yang paling popular yang sering disebut-sebut oleh ramai orang namun Hukum Tarikan hanyalah salah satu daripada 12 Hukum Alam Semesta ataupun The Law of the Universe, dan jika kita dapat memahami serta membiasakan diri dengan 11 undang-undang yang lain maka kita akan dapat membantu diri kita dalam membuka satu kehidupan yang lebih sejajar dengan rohani. 

Mengapa ini penting? Kerana dalam kehidupan seharian kita pada hari ini, kita semakin jauh dengan hubungan dengan alam semulajadi, hubungan kerohanian malah kita juga jauh dengan jiwa dan kehendak kita sendiri kerana terlalu mengikut desakan sekeliling tidak kira desakan di tempat kerja, masyarakat, keluarga dan mungkin norma hidup era ini yang banyak memberikan tekanan di dalam mental dan emosi kita semua. Dengan memahami kesemua 12 Hukum Alam ini, jiwa dan fikiran kita juga akan lebih tenang sebenarnya kerana kita lebih memahami kaitan, sebab, dan akibat, segala tindakan dan perbuatan juga menjadikan kita lebih positif dalam menghadapi cabaran kehidupan.

Di sini, saya akan berkongsi perspektif  saya  mengenai mengapa memahami kesemua 12 Hukum Alam Semesta ini penting untuk kesejahteraan hidup kita malah baik untuk jiwa dan emosi serta bagaimana kita dapat menerapkannya dalam kehidupan seharian kita.



Apakah 12 Hukum Alam Semesta, dan dari mana asalnya?



12 Hukum Alam Semesta juga dipanggil sebagai Undang-Undang Sejagat adalah satu bentuk undang-undang yang intrinsik dan tidak berubah sejak dari dulu lagi. Ianya dipegang oleh budaya kuno mungkin dengan nama yang berbeza dan tersendiri namun konsepnya adalah masih sama malah ianya turut di amalkan secara intuitif sebenarnya di serata dunia. 

Jika anda ada mempelajari tentang perkara-perkara spirtualiti yang merangkumi teknik-teknik di serata dunia, anda akan lihat bahawa undang-undang alam ini juga sering dikaitkan dengan satu amalan antaranya ialah Ho'oponopono, iaitu meditasi kebebasan yang berasal dari budaya Hawaii kuno. Malah kita dapat melihat bahawa ada sebilangan undang-undang sejagat ini, juga dikaitkan dengan falsafah hermetik dari Mesir kuno.

Walaupun Hukum Alam Semesta ini sering dianggap kepercayaan Undang-Undang Kuno namun ianya sebeanrnya adalah asas kepada segala undang-undang alam kerana itu ianya dapat bertahan sehingga ke zaman ini. Ini kerana sejak dari zaman dahulu lagi senantiasa ada orang yang mengamalkannya di serata dunia kerana mereka sentiasa berpegang dengan prinsip alam dan keseimbangannya yang penting dalam memastikan keharmonian sejagat. 

Apakah 12 Hukum Alam Semesta tersebut? Anda perlu mengetahui kesemua hukum ini dan cuba manfaatkannya dalam kehidupan anda. Anda pasti akan lihat keajaiban mula berlaku kepada anda dan juga di dalam hidup anda. Saya senaraikan di bawah kesemua hukum-hukum tersebut sebelum saya menerangkan secara terperinci kepada anda semua. 



12 Hukum Alam Semesta
  1. Hukum Keesaan Ilahi (The Law of Divine Oneness)
  2. Hukum Getaran (The Law of Vibration)
  3. Hukum Berhubung balas (The Law of Correspondence)
  4. Hukum Tarikan (The Law of Attraction)
  5. Hukum Tindakan Terinspirasi(The Law of Inspired Action)
  6. Hukum Kompensasi (The Law of Compensation)
  7. Hukum Sebab dan Akibat (The Law of Cause and Effect)
  8. Hukum Transmutasi Tenaga Kekal (The Law of Perpetual Transmutation of Energy)
  9. Hukum Relativiti (The Law of Relativity)
  10. Hukum Polariti (The Law of Polarity)
  11. Hukum Irama (The Law of Rhythm)
  12. Hukum Gender (The Law of Gender)

Anda sudah mengetahui nama-nama 12 Hukum Alam semesta ini. Tentu mengelirukan jika hanya membaca namanya sahaja. Jadi, jom kita teruskan untuk saya jelaskan dengan lebih terperinci kepada anda semua.




12 Hukum Alam Semesta dan Bagaimana Cara Menggunakannya.


1. Hukum Keesaan Ilahi (Law of Divine Oneness:):

- segala yang ada di alam semesta adalah saling berkaitan


Hukum Alam Semesta yang pertama dan paling dasar adalah Hukum Keesaan Ilahi, yang menerangkan tentang saling berkaitan antara semua perkara di dalam dunia ini. Ia mengatakan bahawa di luar deria kita, setiap pemikiran, tindakan, dan peristiwa yang kita lakukan atau yang berlaku ada kaitannya dengan apa sahaja dengan diri kita dan sekeliling kita serta segala yang lain yang tidak dapat kita ketahui hanya dengan akal fikiran semata.

Di sini kita kena mengaitkan segala-galanya denga pencipta kita tentang bagaimana Tuhan boleh mengetahui segala-galanya dan berada di mana-mana setiap masa dan waktu. Hukum ini ada kaitannya dengan kewujudan dan keberadaan Tuhan. 

Ya, hukum ini mungkin sedikit mengelirukan, tetapi jika kita memahaminya, dan mengetahui kesatuan kita dengan ilahi, kita seharusnya tahu bahawa segala pemikiran dan tindak tanduk kita bukan sahaja dapat dilihat dan diketahui oleh Tuhan malah mempengaruhi hidup kita. Maka untuk menerapkan hukum ini dalam kehidupan kata hanya perlu selalu berbuat baik, berfikiran positif dan juga bersikap belas kasihan terhadap orang lain. 

Jadi saya ingin mengesyorkan kepada anda yang mahu mula menerapkan hukum pertama ini dengan mula mengajukan soalan kepada diri anda iaitu, "Bagaimana saya dapat menjadi lebih baik? Bagaimana saya boleh menunjukkan lebih banyak belas kasihan dan penerimaan terhadap mereka yang saya tidak fahami?" atau "Apakah sebenarnya erti cinta dan kasih sayang terhadap diri dan orang lain?"



2. Hukum Getaran (The Law of Vibration):

- setiap zarah di alam semesta sentiasa bergerak.



Pada tahap mikroskopik, di mana ianya tidak dapat dilihat oleh mata kasar, sebenarnya kesemua disekeliling kita ini sedang bergerak secara berterusan dan bergetar pada frekuensi yang tertentu. 

Ini berlaku bukan sahaja berlaku kepada objek yang bergerak malah kesemua benda dan hidupan sebenarnya memiliki vibrasi atau getaran yang mempunyai frekuensi. Malah kita semua sebagai manusia mempunyai getaran berdasarkan mood dan emosi kita. Dan getaran peribadi kita ini akan turut menarik atau menolak getaran lain di sekeliling kita

Undang-undang ini turut mengatakan bahawa frekuensi getaran kita dapat memberitahu pengalaman hidup kita
.

Jadi, jika anda selalu memikirkan perkara yang gembira, hidup anda akan sentiasa gembira dan anda akan dapati segala-galanya menjadi mudah untuk anda. Sebagai contoh, jika anda bangun tidur dengan perasaan yang marah, anda dapat lihat bagaimana hari anda bermula dengan teruk sekali dan anda akan turut melaui hari yang teruk sepanjang hari.

Jadi bagaimana untuk meningkatkan frekuensi getaran anda kepada yang lebih baik? Terdapat banyak amalan hebat untuk melakukannya, antaranya termasuklah yoga, afirmasi, dan menyeimbangkan chakra.



3. Hukum Korespondan/Berhubung balas(The Law of Correspondence):

- corak berulang di seluruh alam semesta


Undang-undang ini menyatakan bahawa berlakunya corak berulang di seluruh alam semesta, dan begitu juga pada tahap peribadi, seperti sejarah hidup, perbuatan dan sebagainya.

Secara realiti, "kita adalah cerminan dari apa yang berlaku di dalam diri kita pada masa tersebut". Ianya dikatakan "Seperti di atas, begitu juga di bawah. Seperti di dalam, begitu juga di luar."

Mantera saya untuk hukum ini? Ia berlaku untuk anda, bukan kepada anda. Apa yang dimaksudkan dengan ayat ini? Segala yang berlaku, ujian dalam hidup adalah diberikan kepada anda secara spesifik. Perkara-perkara buruk yang berlaku dalam hidup yang selalu kita anggap sebagai takdir Tuhan sebenarnya memang bertujuan untuk diberikan kepada kita supaya kita dapat belajar dan mengambil iktibar terhadap kejadian tersebut seterusnya berubah dan menjadi lebih baik.

Ramai yang menggangap segala kesukaran itu diberikan kepada mereka dan mereka perlu menerima sahaja dan tidak langsung belajar dan melakukan perunahan daripada teladan yang telah mereka pelajari. Ramai yang menganggapnya sebagai takdir dan hanya terima dengan redah sedangkan bukan itu tujuannya! Namun ramai yang tidak mengerti. Belajar dan berubah!!! Itulah yang mesti dilakukan.

Saya ingin jelaskan "Jika hidup kita huru-hara dan takut," ini adalah kerana adanya kekacauan dan ketakutan di dalam fikiran kita mungkin daripada masalah innerchild  yang kita pernah alami atau daripada trauma-trauma lepas.

Sekiranya jika hidup kita kelihatan tenang dan berasas, itu kerana kita merasa kedamaian di dalam fikiran kita. 

Jadi jika anda berasa serabut dan tidak tenang, adalah disarankan untuk bertanya kepada diri anda "Mengapakah saya berasa tidak tenang? Apakah yang menjadi punca kepada kekusutan dalam fikiran saya? Apa yang saya perlukan untuk mencapai ketenangan dalam jiwa dan rohani saya?



4. Undang-undang Tarikan (Law of Attraction):

- suka akan menarik suka begitu juga sebaliknya




Tidak diragukan lagi Hukum Alam Semesta yang paling banyak disebut dan dibincangkan ialah Undang-undang Tarikan atau Hukum Tarikan. Malah ianya sering digunakan untuk melakukan manifestasi. Ini kerana mengikut Hukum Tarikan, ianya menyatakan bahawa "suka menarik suka begitu juga sebaliknya". 

Apa yang saya maksudkan di sini adalah, anda akan dapat apa yang anda fokuskan. Bukan hanya itu sahaja, tetapi anda harus percaya apa yang anda inginkan itu anda dapat memperolehinya walaupun anda tidak tahu bagaimana. 

Hukum ini juga serupa dengan hukum getaran di mana adalah penting untuk belajar bagaimana mencapai frekuensi getaran pada tahap yang sejajar dengan apa yang anda cari.

Sekiranya anda menyatakan bahawa anda menginginkan cinta tetapi dalam masa yang sama anda tidak mahu memberi cinta, misalnya, maka anda mungkin telah menghantar mesej kepada alam semesta mengenai keutamaan anda iaitu anda sebenarnya tidak mahukan cinta. 

Sekiranya anda mengulangi penegasan tetapi tidak mempercayai apa yang anda katakan, tidak ada gunanya. "Apabila kita fokus pada apa yang kita inginkan berbanding tentang apa yang tidak kita inginkan, maka, perkara yang kita fokuskan itu akan muncul dalam hidup kita".

Jadi bagaimana untuk mencapai frekuensi yang lebih tinggi dan menjadikan frekuensi getaran anda sejajar dengan keinginan anda? Anda perlu fikirkan dalam fikiran dan inginkan dalam hati serta percaya anda layak mendapatnya!



5. Undang-undang Tindakan Terinspirasi (Law of Inspired Action):

- anda mesti proaktif dalam memenuhi keinginan anda


Terkait erat dengan Hukum Tarikan iaitu tindakan tarik-menarik, iaitu perkara positif akan menarik kembali perkara yang positif manakala perkara negatif akan menarik perkara negatif, maka Hukum Tindakan yang diilhamkan adalah mengenai mengambil langkah-langkah yang diinspirasikan daripada tidakan yang positif dan mendatangkan kebaikan bukan sahaja kepada diri kita, keluarga, raka-rakan, sekeliling kita, alam sekita mahupan orang ramai.

Hukum ini adalah satu perlakuan yang nyata dan dapat dilaksanakan untuk mengundang apa yang kita inginkan ke dalam hidup kita. Selalunya ianya didorong oleh pemikiran dan menjadi perbuatan yang kita lakukan dan inginkan di dalam diri kita. 

Apa yang anda ingin lakukan sebenar-benarnya di dalam hidup anda selain kehidupan anda yang sekarang ini? Pergi bekerja seperti robot dari pulul 8 pagi - 5 petang / 9 pagi - 6 petang atau mungkin juga 10 pagi - 10 malam. Sedangkan anda mempunyai sesuatu kemahiran yang anda ingin sangat lakukan. Namun anda tidak dapat lakukannya kerana desakan keluarga mungkin atau desakan hidup yang membuatkan anda terpaksa melupakan impian anda?!

"
Tindakan terinspirasi adalah dorongan dalaman secara lembut terhadap keinginan.
"


Mengamalkan undang-undang ini adalah mengenai memperlahankan, mendiamkan diri, dan mewujudkan ruang untuk panduan dari dalaman kita iaitu panduan hati. Apabila kita melepaskan keperluan kita untuk mengatur dan mengawal, cuba bertenang dan tidak terlalu mengikut emosi kita akan dapat lihat bagaimana keadaan akan berjalan di luar jangkaan kita dan sebaliknya terbuka untuk semua kemungkinan. 

Mungkin kita rasakan kita perlu mengawal hidup kita berdasarkan apa yang telah diterapkan kepada kita, berdasarkan persepsi masyarakat, namun kita sebenarnya harus cuba tidak terlalu bimbang dan risau dengan pandangan orang. Kita perlu yakin dan menerima segala pujian mahupun kritikan dengan hati yang terbuka dalam apa sahaja yang kita ingin lakukan.

Secara tidak langsung itu akan memberi ruang kepada cara baru untuk mencapai tujuan kita yang mungkin kita tidak pernah fikirkan sebaliknya akan berlaku kepada kita sebaik sahaja kita mula mengamalkan hukum alam semesta yang ini.




6. Hukum Transmutasi Tenaga Kekal (Law of Perpetual Transmutation of Energy):

- tenaga dalam gerakan akan muncul dalam bentuk fizikal


Undang-undang ini menyatakan bahawa pada tahap tenaga, segala sesuatu di alam semesta sentiasa berubah. Setiap tindakan didahului oleh pemikiran, di mana pemikiran kita sendiri memiliki kekuatan yang akhirnya boleh terwujud dalam realiti fizikal kita. Kedengaran agak pelik dan sukar untuk difahami?

Baiklah, saya akan memberikan contoh mudah untuk bagaimana menggambarkan hukum ini:

Pernah berada di sekitar orang yang sentiasa negatif dan merasa nilai positif anda merosot? 

Atau mungkin anda melihat seorang yang sedang marah tiba-tiba mula menjadi agresig dan mula memukul orang lain? atau mungkin juga diri sendiri?

Itulah salah satu contohnya - tetapi ia juga boleh berlaku dengan getaran yang kita hasilkan sendiri melalui pemikiran kita: 

Jika frekuensi yang lebih tinggi dipancarkan ianya akan menewaskan frekuensi yang lebih rendah apabila kita menerapkan dengan getaran yang lebih positif. 

Bagaimana untuk melakukannya? Mengetahui hal ini, kita sebenarnya dapat meningkatkan tenaga positif kita secara aktif dengan berusaha untuk mengurangkan tenaga negatif di sekitar kita dengan pemikiran dan tindakan kita.

Sebagai contoh, jika kita sedang marah, kita boleh menarik nafas dengan panjang dan dalam dan seterusnya menenangkan diri kita dengan memberikan kata-kata postif terhadap diri kita sendiri serta memeikirkan akibat daripada tindakan kita tersebut.



7. Hukum Punca dan Akibat (Law of Cause and Effect):

- untuk setiap kesan, pasti ada sebabnya


Secara relatif, undang-undang ini menyoroti hubungan langsung antara sesuatu tindakan dan peristiwa sebelumya. Apa yang penting untuk diperhatikan di sini adalah kita sering tidak dapat melihat akibatnya pada mulanya, tetapi akibat itu akan muncul sebagai kesan daripada tindakan sebelum ini dan kesan tersebut akan berterusan selagi kita tidak mengubah atau memperbetulkan keadaan tersebut.

"Apa yang anda telah lakukan pada ketika itu atau di suatu tempat lain mungkin tidak akan kembali kepada anda pada saat itu juga, tetapi getaran yang telah anda hasilkan itu, tenaga yang anda telah keluarkan di luar sana telah terhasil dan getaran itu akan setiasa ada serta akan cuba mencari getaran yang sejajar frekuensinya, dan perlu diingat bahawa setiap tindakan mempunyai akibat nyata daripada perbuatan anda itu

Jika tenaga anda menghasilkan frekuensi getaran yang datang dari keadaan dan tempat yang penuh  kemarahan atau kebencian, dengan meletakkan tenaga seperti itu di luar sana, akhirnya anda akan terpengaruh dan menjadi seorang yang penuh dengan sifat kebencian dan amarah sentiasa.



8. Hukum Pampasan/Kompensasi (Law of Compensation):

- anda akan selalu dapat kembali apa yang anda berikan


Hukum Pampasan berkait rapat dengan Hukum Tarikan dan Hukum Hubung Balas/Korespondan. "Anda menuai apa yang anda semai " adalah kunci utama kepada hukum ini, dengan undang-undang yang menyatakan bahawa usaha anda akan selalu kembali kepada anda secara positif. Sekiranya anda inginkan sesuatu, anda perlu menyumbang ke arah tujuan tersebut untuk mencapai matlamat  anda.

Untuk memastikan keberhasilan hukum ini adalah perlu untuk anda mulakan dengan cara ini iaitu dengan menarik (atau seimbangkan) cinta dan sokongan anda. Misalnya, di sini saya sarankan untuk anda bertanya kepada diri sendiri, "Di mana saya diperlukan untuk membantu dan menyokong orang lain pada hari ini?"

Anda juga boleh melakukan sesuatu kebaikan seperti sering menderma kepada orang susah. Walaupun tidak medapat ganjaran secara nyata, tetapi tenaga yang anda berikan menghasilkan frekuensi getaran positif yang akhirnya akan mebawa kebaikan kepada anda tanpa anda sedari. Selalu menolong orang lain dan melakukan kebaikan adalah antara cara termudah untuk anda mula menggunakan hukum ini di dalam kehidupan anda!



9. Hukum Relativiti (Law of Relativity):

- baik dan buruk ianya saling berkaitan


Undang-undang ini menunjukkan bahawa kita cenderung untuk mengkategorikan serta membandingkan perkara-perkara di dunia kita, tetapi pada hakikatnya, semuanya sebenarnya adalah saling berkait antara satu sama lain. Relativisme wujud dalam semua perkara, dan pada akhirnya, makna sesuatu kejadian yang berlaku dalam kehidupan kita akan datang kepada kita dari kaca mata bergantung kepada perspektif dan persepsi kita.

Mengamalkan hukum ini dapat membantu kita memahami bahagian-bahagian yang lebih sukar dalam hidup kita dengan memahami setiap kejadian buruk itu dapat memupuk sifat belas kasihan dan kasih sayang yang lebih besar. 

Sebagai contoh, jika kita merasa tidak bersyukur dengan keadaan hidup kita, itu mungkin kerana kita membandingkan pengaturan hidup  kita dengan keadaan orang lain yang lebih kaya. Sebaliknya, kita lebih baik menghargai apa yang kita ada tanpa perlu membandingkannya dengan yang lain atau melihat kepada orang lain yang lebih susah daripada kita. Sebenarnya kita tidak perlu membandingkan diri kita dengan sesiapapun dan seharusnya kita gembira dengan diri kita dan apa yang kita ada. Belajarlah untuk sentiasa bersyukur!



10. Undang-undang Polaritas (Law of Polarity):

- sesungguhnya semuanya mempunyai kebalikannya


Undang-undang ini mengatakan bahawa segala sesuatu dalam kehidupan mempunyai kebalikan (opposite) iaitu akan berbolak-balik; baik dan jahat, cinta dan ketakutan, kehangatan dan kedinginan. Kuncinya ialah memahami seperti syiling yang mempunyai dua sisi dan bagaimana memahami kedua-dua sisi duit pada syiling yang sama. Penting memahami hukum ini adalah supaya kita tidak mudah menghakimi. Setiap yang berlaku pasti ada alasan dan sebabnya. Dengan memahami hukum ini juga kita akan dapat memahami sesuatu situasi yang berlaku dengan lebih mendalam dan tidak hanya menyalahkan sesuatu atau seseorang atas keadaan semasanya tanpa mengira punca ianya berlaku juga dengan hukum ini kita dapat melihat bahawa kebaikan dan keburukan mempunyai banyak perkaitan tidak kira punca atau kesan kedua-duanya saling berkitan!!

Cara saya mengamalkan undang-undang ini adalah dengan menggunakan beberapa mantra atau afirmasi yang semuanya kontras kepada sesuatu keadaan negatif dengan membawa diri saya kepada positif yang lebih jelas. Sekiranya anda menghadapi situasi yang sukar seperti putus cinta atau cabaran kesihatan, misalnya, tentukan bagaimana keadaan sebaliknya, yang dapat menunjukkan perspektif atau pelajaran baru. 
  • Yakinkan diri anda semuanya akan baik-baik sahaja, kegagalan itu bukan selamanya, anda akan boleh bangkit kembali kerana kegagalan tersebut banyak mengajar anda; 
  • setiap kesdihan itu ada sebabnya ia berlaku dan ianya lebih menguatkan hati anda; atau
  • kegagalan cinta lalu adalah pelajaran untuk anda memahami kesilapan diri, kekurangan juga kelebihan serta harga diri anda dan sentiasa ingat anda layak dicintai dan anda akan menemui cinta baru yang lebih baik dari sebelum ini.


11. Undang-undang Irama (Law of Rhythm):

- semua perkara datang dalam kitaran dan peringkat


Kitaran adalah bahagian semula jadi alam semesta. Secara fizikal, anda boleh memikirkannya seperti  musim yang ada di Bumi.  Ianya sentiasa berputar dan berulang. Dalam kehidupan kita sendiri, kita dapat mengingat bahawa integrasi sama pentingnya dengan pertumbuhan. Begitu juga proses kejadian manusia yang melakui peringkat demi peringkat atau Rama-rama yang melalui proses dari beluncas sehingga dapat menjadi rama-rama. Di sini ingin saya beritahu, "Kita selalu mengharapkan diri kita menjadi satu arah sepanjang masa, sama ada kita memikirkan kesihatan kita atau bahkan produktiviti," tetapi ini selalunya tidak akan dapat berterusan.

Sebagaimana kitaran hidup kita akan berulang setiap 9 tahun, walaupun usia semakin bertambah setiap 9 tahun tersebut, tetapi, setiap 9 tahun itu akan memberikan kita pengajaran yang berbeza. Mengapa kita akan mengulai kitaran perjalanan yang sama? supaya kita belajar daripadanya, mengambil iktibar dan melakukan perubahan daripada perjalanan yang lepas. Jadi, walaupun akan melalui 9 tahun pengalaman yang sama tidak bermakna kita tidak boleh mengubahnya. Selagi kita tidak cuba memperbetulkan diri kita, pemahaman kita daripada perjalanan yang lepasmaka kita akan terus hidup dalam kitaran yang sama melakukan perkara yang sama dan kesilapan yang sama. Saya akan bercerita lanjut tentang kitaran 9 tahun hidup ini dalam topik yang lain. Anda harus terus membaca blog ini untuk mengetahuinya. 

Perhatikan irama dalaman diri anda dan cuba bekerjasama dengan diri anda dan bukannya melawannya. Rasa penat dengan kehidupan anda? Mungkin lebih baik anda berehat seketika daripada terus berusaha. Sebenarnya anda rasa penat melakukan sesuatu walaupun anda berusaha bersungguh-sungguh, ini adalah kerana apa yang anda lakukan itu tidak menggembirakan anda. Ianya tidak datang dari jiwa anda kerana itu anda merasa sangat penat melakukannya. Bayangkan jika anda melakukan sesuatu yang anda suka walaupun anda kepenatan melakukannya tetapi anda merasa seronok dan puas melakukannya pada akhirnya. 

Jadi, jika anda penat, apa yang anda perlu lakukan, jangan berhenti dahulu kerana anda perlu memahami diri dan kehendak jiwa anda. Bukan untuk berhenti tetapi berehat untuk mencari ketenangan, siapa tahu anda akan dapat lebih banyak idea selepas itu yang menepati kehendak jiwa tanpa perlu mengorbankan apa-apa yang sedang anda usahakan tetapi dapat menggabungkannya dan menjadikannya lebih baik lagi!!



12. Undang-undang Jantina (Law of Gender):

- tenaga datang dalam dua jenis iaitu maskulin dan feminin


Dan yang terakhir sekali adalah, undang-undang jantina. Walaupun ianya banyak disalah ertikan pada masa kini dengan naluri keinginan menjadi wanita atau menjadi lelaki tetapi perlu ditegaskan di sini ianya adalah ENERGI atau TENAGA, tenaga maskulin atau tenaga feminin yang ada dalam setiap tubuh badan manusia tidak kira jantina.

Hukum ini menerangkan perkaitannya dengan tenaga dalaman kita di mana di dalam setiap manusia kita ada dua tenaga energi yang utama yang berkait rapat dengan semua energi lain iaitu tenaga maskulin dan tenaga feminin

Anda pasti tertanya-tanya mengapa perlu ada tenaga maskulin dalam tubuh wanita? dan mengapa pula perlu ada tenaga feminin dalam tubuh lelaki? Perkara inilah yang ramai orang tidak fahami. Kedua-dua tenaga ini penting dalam tubuh badan setiap manusia dalam melahirkan energi, emosi, kreativiti kita semua sebagai manusia.

Sebagai contoh, secara kumulatif tenaga maskulin lebih banyak digunakan sejak dahulu yang jelas mengikut apa yang saya lihat bahawa sebahagian besar masyarakat kita mengikut rentetan sejarah beroperasi dari mentaliti "hustle and do" yang lebih maskulin, yang tidak memungkinkan banyak ruang untuk tenaga lain. Pemikiran dan konsep ini lebih kepada energi maskulin yang mengutamakan pemikiran yang lebih fokus kepada matlamat tanpa emosi dan perbuatan yang memerlukan pelaksanaan tidak kira apa sahaja kosnya. Ia lebih dilihat selalunya kepada lelaki bukan? namun ramai juga wanita yang bersifat dan berpemikiran seperti ini kerana energi maskulin mereka yang lebih tinggi daripada energi feminin.

Lelaki yang memiliki energi feminin yang lebih tinggi bukan bermakan mereka akan menjadi lekai lembut atau pondan kerana ianya sebenarnya tidak ada kaitan dengan fizikal luaran kerana itu lebih cenderung kepada nafsu. Energi feminin yang dimaksudkan di sini adalah, lelaki tersebut akan lebih kreatif misalannya, suka melukis, sukakan seni, puisi dan tidak suka akan kekejaman dan kekasaran.

Keda-dua lelaki mahupun wanita perlu menyeimbangkan tenaga dalaman mereka iaitu tenaga maskulin dan tenaga feminin supaya kedua lekaki mahupun wanita dapat berfungsi seperti yang sepatutnya di atas muka bumi ini. Lelaki mahupun wanita ada peranan masing-masing, juga ada kekuatan dan kelemahan masing-masing, malah kedua-duanya saling berkaitan dan saling memerlukan. Kehidupan baru hanya dapat diwujudkan dengan penyatuan lelaki dan wanita. Malah, keseimbangan dalam kerohanian juga akan dicapai jika anda dapat menyeimbangkan kedua-dua tenaga maskulin dan tenaga feminin.

Secara lahiriah, lelaki dan wanita diciptakan untuk satu sama lain dan saling memerlukan, secara rohani juga tenaga maskulin dan tenaga feminin diperlukan. 

Mencapai keseimbangan antara tenaga maskulin dan feminin akan dapat membantu anda hidup dengan lebih bermakna dan hidup seperti yang anda mahukan dengan menjadi siapa anda yang sebenarnya.





Nampaknya anda semua sudah tahu semua tentang Hukum Alam: 12 Undang-undang Sejagat. Namun, ingin saya tekankan di sini, sebelum anda terlalu terbeban, cuba untuk mengintegrasikannya ke dalam hidup anda, anda boleh cuba untuk lebih kepada memahami dan mengkonseptualisasikannya dengan cara yang masuk akal bagi anda. Sebagai latihan, Cuba melihat kepada hidup anda yang sebelum ini dan mengaitkannya dan lihat apa yang anda faham daripada kehidupan anda sebelum ini dengan 12 Undang-undang Sejagat ini.

Anda tidak semestinya begitu analitis; "Cuba fahami konsepnya dan simpan di dalam memori atau minda belakang fikiran anda," untuk belajar bagaimana bekerjasama dengan hukum alam ini dalam senario sehari-hari. Sekarang setelah anda diperkenalkan dengan undang-undang ini, anda akan mula melihat sesuatu yang berbeza diskekeliling anda kerana jika sebelum ini anda mungkin tidak menyedarinya dalam kehidupan harian anda, namun jangan terkejut kerana setelah mengetahuinya, kemungkinan ianya akan mula muncul dalam hidup anda setiap hari dan berulang kali. Hidup anda akan penuh dengan magik dan kemungkinan-kemungkinan baru yang anda tidak sangka akan berlaku!! 



Teluk Mahkota, Sedili Besar Minggu ini

 Bertolak dari rumah pada pukul 6.30 pagi. Panaskan enjin dalam 5 minit sebelum memulakan perjalanan. Persediaan kali ini lebih mudah dari m...