Ahad, 18 Disember 2016

Hukum Tarikan

 Apa yang anda tahu tentangnya?


Apakah Hukum Tarikan?


Hukum Tarikan atau The Law of Attraction sering juga disebut-sebut sebagai LOA secara ringkasnya merupakan Hukum Alam Semesta yang paling popular dan sering digunakan di dalam mana-mana program motivasi, spirtual dan kehidupan ramai orang. Jadi apakah itu Hukum Tarikan?

Hukum Tarikan mengatakan bahawa anda akan menarik kembali apa-apa perkara yang anda fokuskan

Apa sahaja yang anda berikan tenaga dan perhatian terhadap perkara tersebut, ianya akan dikembalikan kepada anda. Saya maksudkan apa-apa sahaja!! Maka, amat penting untuk anda memahami hukum ini supaya anda memahami implikasinya kepada anda.

  • Oleh itu, jika anda terus fokus pada perkara yang baik dan positif dalam hidup anda, maka anda akan menarik lebih banyak perkara yang baik dan positif ke dalam hidup anda kembali
  • Sekiranya anda tertumpu hanya pada kekurangan dan perkara-perkara negatif, maka itulah perkara-perkara yang akan anda tarik kembali kedalam hidup anda.

Jadi, bagi mereka yang masih tidak tahu atau belum pernah membaca tentang hukum ini sebelum ini, anda sememangnya telah ditakdirkan untuk baca tulisan saya ini dan saya harap selepas tamat membaca anda akan mula menarik perkara-perkara positif kedalam hidup anda.

Mulai dari saat ini, anda sudah boleh mula memikirkan perkara-perkara positif dan mula membuat pilihan yang baik untuk menarik ianya kepada diri serta kehidupan anda.



Bagaimana Hukum Tarikan ini berfungsi:


"Suka menarik suka" 

Apakah yang dimaksudkan dengan suka menarik suka? 

Sekiranya anda merasa bersemangat, proaktif, gembira, bersyukur, menghargai, maka anda akan mengeluarkan satu bentuk frekuensi getaran tinggi dari dalam tubuh melalui pemikiran dan emosi anda yang menghasilkan tenaga positif kepada diri anda.

Sebaliknya, jika anda merasa bosan, cemas, tertekan, marah, benci, atau sedih, anda akan mengeluarkan satu bentuk frekuensi getaran rendah dari dalam tubuh yang menghasilkan tenaga negatif kepada diri anda.


Jadi, apakah kaitan tenaga, frekuensi getaran ini semua terhadap tubuh dan fikiran kita? Dan apa pula kaitannya dengan alam semesta? 

Perkaitannya adalah, manakala Alam semesta, melalui Hukum Tarikan, akan bertindak balas kembali dengan kuat terhadap frekuensi getaran yang anda hasilkan ini. Ia tidak menentukan mana yang lebih baik untuk anda tetapi bertindak balas terhadap apa yang anda hasilkan sahaja, ia hanya bertindak balas terhadap tenaga dan mengikut frekuensi getaran yang anda hasilkan, dan ia akan memberi anda lebih banyak getaran kembali berdasarkan frekuensi getaran yang sama anda hasilkan. 

Sebagai contoh, jika anda bangun pagi dengan ceria, anda akan memulakan hari anda dengan gembira, sepanjang hari anda akan dapat lihat lebih banyak keseronokan dalam hidup anda sehingga ke penghujung hari, dan begitu juga sebaliknya. Suka, menarik suka, masih ingat? Jadi, anda mendapat kembali apa yang anda berikan!! Jika kegembiraan yang anda letakkan, maka gembiralah yang akan anda dapatkan kembali.

Apa sahaja yang anda fikirkan dan rasakan pada waktu tertentu pada dasarnya adalah permintaan anda kepada alam semesta untuk perkara yang sama. Oleh kerana getaran tenaga anda akan menarik tenaga kembali kepada anda dengan frekuensi yang sama, anda perlu memastikan bahawa anda terus menerus mengirimkan tenaga, fikiran, dan perasaan yang sesuai dengan apa yang anda inginkan, lakukan, dan alami. 

Sekiranya kegembiraan dan cinta adalah apa yang anda inginkan maka anda perlu menarik getaran ini, maka frekuensi getaran kegembiraan dan cinta adalah yang anda mahu ciptakan.

Anda perlu berikan frekuensi getaran yang meghasilkan tenaga selaras dengan apa yang anda ingin tarik ke dalam hidup anda!




Artikel berkaitan:

12 Hukum Alam Semesta (The Law of Universe)

Hukum Tarikan

Hukum Tarikan. Tips & Langkah-langkah untuk Menjadikannya Berfungsi dalam Hidup Anda.

Hukum Tarikan dan Wang

Hukum Tarikan dan Cinta

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Teluk Mahkota, Sedili Besar Minggu ini

 Bertolak dari rumah pada pukul 6.30 pagi. Panaskan enjin dalam 5 minit sebelum memulakan perjalanan. Persediaan kali ini lebih mudah dari m...