Sabtu, 23 Januari 2021

Kes makin meningkat, Ahli Politik yang Bertelagah, Jenayah Makin Banyak, Harga Minyak Naik

 



Tahun ini, 2021 masuk tahun ke-2 kita semua hidup dengan pandemik ini. Vaksin sudah mula diberikan di kebanyakan negara. Ada yang memberikan komen positif ada juga yang memberikan kesan maut. Maklumlah hanya setahun sahaja di hasilkan sedangkan vaksin yang sedia ada untuk penyakit lain, proses nak develop hingga benar-benar boleh digunakan mengambil masa sehingga ke 40 tahun. Jadi, apa yang vaksin 1 tahun ini boleh kita harapkan? Sebenarnya, kita menjadi bahan eksperimen secara paksa rela dalam situasi ini. Nak tak nak, terpaksa ambil. Saya belum dalam keadaan terdesak untuk mengambil vaksin itu, jadi biarlah mereka yang ingin mencuba untuk melakukannya terlebih dahulu untuk mengambil vaksin ini. Semenjak melalui spiritual journey yang dahsyat pada 2017 (kerana bertemu dengan Twin Flame), saya sudah tidak risau akan apa-apa permainan dunia ini. Cuma, melihat kepada kacau bilau yangs sedang di hadapi kita semua, berita tentang Sajat yang tak habis-habis, saya hanya mampu tersenyum. 


Mungkin ada diantara kita masih tidak berapa terkesan dengan situasi sekarang, terutamanya yang bekerja di sektor pendidikan: Cikgu, pensyarah, mereka yang bekerja di kerajaan, masih mempunya gaji bulanan dan mampu bershopping lagi. Manakala mereka yang bekerja di sektor swasta, kedai-kedai, shopping mall, mungkin sudah merasai kesukaran malah ada yang sudah diberhentikan kerja dan tidak ada sumber pendapatan langsung. Di tambah pula dengan kenaikan harga minyak, kes jenayah pasti akan meningkat.


2018 saya pernah memberitahu beberapa rakan yang rapat yang juga dalam perjalanan rohani ini, apa yang saya nampak bakal berlaku, walaupun mereka sedang melaluinya, tapi mereka masih samar-samar dan saya telah melepasi tahap yang mereka sedang lalui. Malah ketika itu saya dapat banyak vision tentang masa depan. So far, semua yang saya nampak benar-benar berlaku seperti yang saya katakan.


Saya ingat pada bulan Januari 2020, ketika saya memandang ke langit, saya dapat merasakan sesuatu akan berlaku di Malaysia, saya mula rasa dan nampak vision cuma ketika itu saya tidak nampak jelas apa yang datang saya nampak seperti ramai orang sakit sahaja. Saya beritahu kepada rakan saya Z***, sesuatu akan berlaku, tetapi dia memang ada satu pemikiran yang susah nak terima atau dengar pendapat orang, tapi saya faham dia di peringkat itu yang mana dia masih ada ego yang tinggi. Jadi saya biarkan sahaja. Malah pada tahun sebelum itu juga bulan 12, 2019, pada bulan Mac, May, Jun 2020 saya ada membuat posting di FB saya untuk bg "hint" kepada orang ramai tentang situasi yang makin meburuk. Malah saya memberitahu beberapa rakan saya seperti H**** dan A****. Ada yang percaya dan ada yang tidak. Saya kata bulan 9, 2020 akan teruk balik kes. Tiada siapa mahu dengar kerana ketika itu Malaysia telah war-warkan kita sudah dapat melawan Corvid-19!!!


Masuk bulan 9, 2020, mula dapat kes baru dan kematian. Malah semakin hari semakin banyak. Namun mereka masih tidak percaya. Dan ada pula yang memerli saya. Namun, saya masih lagi beritahu mereka 2021 akan jadi semakin teruk dengan natural disaster yang akan turut datang. Pun mereka tidak mahu percaya.


Bayangkan jika saya memberitahu rakan yang mereka kata melalui spiritual journey pon tidak mahu percaya, apatah lagi mereka yang tidak melalui perjalanan rohani ini. Lgilah sukar untuk mereka menerima perkara yang saya sampaikan ini.


Namun, saya hanya mampu beritahu, percaya atau tidak, terpulang kepada anda, terpulang kepada mereka.


Ahad, 17 Januari 2021

Dunia dan Kacau-bilau. Manusia yang bangkit dan mereka yang masih belum bangkit. Di manakah kesudahannya?

 


Baru sahaja kita dengar berita tentang banjir di negara kita yang sedang reda di kawasan pantai Timur dan Selatan, kini banjir di Sabah dan Sarawak pula. Kemudian apabila pesawat Sriwijaya Air terhempas,  Amerika pula sedang huru-hara sejak kekalahan Trump dengan tunjuk perasaan bertukar kepada tunjuk perasaan bersenjata, kemudian hari ini Gunung Semeru meletus lagi melepaskan debu tebal. 

Sejak 2-3 tahun kebelakangan ini perubahan dengan peradaban manusia memang mula berubah dengan dahsyatnya, perang dan keganasan di sana sini di sebalik ramai yang sedang melalui perjalanan kebangkitan rohani. Yang kejam masih terus kejam, yang masih tidak bangkit masih ramai, namun ramai juga yang mula bangkit. 

Begitu juga dengan iklim dunia. Perubahan iklim dunia jugak sejak 2-3 tahunkebelakangan ini agak haru-biru. Kebakaran hutan, bajir, ribut taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi sehingga kutub utara juga mula mencair malah pandemik akibat Corvid19 yang telah melumpuhkan seluruh ekonomi dunia.

Kemana akhirnya kesemua ini akan membawa kita umat manusia? PENYATUAN ATAU KEMUSNAHAN? Adakah anda takut? Adakah anda tidak takut? Atau mungkin anda tidak tahu apa mahu dijangka. Saya telah membuat banyak ramalan dan memberitahu kepada ramai sebelum ini, namun ramai yang tidak mempercayainya. Malah saya telah membuat ramalan politik juga. Entah dari mana saya tahu juga saya tiada jawapan tapi itulah kelebihan saya.

Walau apa pun yang kita sedang lalui dan akan lalui, hadapinya dengan hati yang terbuka dan berpeganglah pada hati anda. Biarkan hati menjadi panduan.

Selasa, 12 Januari 2021

MCO 2.0 & Darurat Politik: Apa yang berbeza kali ini? Desakan Pandemik atau Politik?


Perjalanan antara negara akan sangat terhad di seluruh negara pada waktu tengah malam ini. Bagi kawasan di bawah pemulihan MCO, ini adalah satu-satunya perubahan ketara adalah terhadap SOP.

Untuk kawasan di bawah MCO bersyarat, banyak aktiviti sosial seperti perjumpaan, pameran, perjumpaan, dan upacara perkahwinan akan dilarang, sedangkan ianya telahpun dibenarkan sebelum ini tetapi pada separuh dari kapasitI asal tempat tersebut.

Sekatan tambahan juga akan dikenakan untuk aktiviti sukan dan rekreasi.

Perjalanan antara daerah akan dibatasi di daerah di bawah MCO setelah ia berlaku pada tengah malam.

Walaupun begitu, lebih banyak sektor ekonomi akan dibiarkan beroperasi, berbanding ketika pertama kali dilaksanakan pada 18 Mac 2020.

Bersama dengan ini, pusat jagaan kanak-kanak dan tadika swasta akan dibenarkan untuk terus dibuka untuk memenuhi keperluan ibu bapa yang bekerja. Tadika yang dikendalikan oleh kerajaan akan ditutup.

Walau bagaimanapun, ini masih menyebabkan banyak aktiviti dan perniagaan ditutup berbanding dengan MCO bersyarat yang ada sebelum MCO berkuatkuasa.



Apa yang akan dilarang di bawah MCO?


Menurut Ismail Sabri, aktiviti berikut tidak dibenarkan di tempat di bawah MCO:


  • Pasar malam dan bazar.
  • Kedai pakaian, pakar optik, tukang gunting rambut dan salun rambut, spa dan pusat refleksologi.
  • Kelas tuisyen, kelas muzik, kelas tarian, kelas seni, kelas ulangkaji, kelas bahasa, dll.
  • Kelab malam dan pub.
  • Taman tema, taman permainan dalaman, pusat karaoke, dan pawagam.
  • Konsert dan acara langsung.
  • Pertemuan bersemuka.
  • Seminar, bengkel, kursus, latihan, konferensi, ceramah, pameran, dan kegiatan lain yang berkaitan dengan industri pertemuan, insentif, konvensyen, dan pameran.
  • Acara sosial seperti perayaan, upacara perkahwinan dan pertunangan, majlis resepsi, acara keagamaan, ulang tahun, ulang tahun, perjumpaan, retret, dll
  • Kegiatan sukan dan rekreasi, kecuali untuk berjoging (dalam kumpulan tidak lebih dari dua orang dan dalam lingkungan setempat) dan berbasikal (bersendirian, tidak lebih dari 10km dari tempat tinggal)
  • Pertandingan sukan, kejuaraan, dan aktiviti yang melibatkan aktiviti besar atau peserta asing.
  • Aktiviti pelancongan.
  • Apa-apa peristiwa yang melibatkan banyak orang menyukarkan pelaksanaan jarak jauh fizikal.


Saya ada banyak hal untuk dibereskan tetapi saya di kawasan di bawah MCO. Apa yang perlu saya ketahui?


Secara amnya, anda mesti tinggal di rumah, tetapi anda mungkin perlu menjelajah ke luar untuk tujuan tertentu seperti membeli makanan, ubat, makanan tambahan dan keperluan asas.

Boleh keluar bukannya tidak boleh cuma tidak lebih dari dua orang setiap isi rumah boleh melakukan perjalanan bersama untuk melakukan tugasan yang hendak dilakukan, dan anda tidak dibenarkan untuk keluar lebih dari 10km dari tempat tinggal anda melainkan keperluan asas yang anda cari hanya dapat dijumpai di luar radius itu. Dalam kes terakhir, anda hanya dibenarkan pergi ke lokasi terdekat.



Darurat jadi 'gencatan senjata' kepada ahli politik


Walaupun ada kebaikkannya apabila diadakan Darurat Politik ini, tetapi bagi Ahli Politik pula, ada sesetengah mereka merasakan ini adalah tidak adil. Maklumlah, kepentingan peribadi lebih daripada kepentingan rakyat dan negara. Dikala pandemik yang telah menyukarkan kehidupan rakyat semua mereka masih berebut jawatan dan mahukan pilihan raya tidak kira apa keadaan sekalipun.

Apabila DarutT Politik diisytiharkan maka, semua ahli politik perlu menjadikan tempoh darurat sebagai masa 'gencatan senjata' bagi aktiviti politik, sekali gus menumpukan usaha untuk membantu rakyat dalam menghadapi penularan COVID-19.

Darurat ini juga dapat mengelakkan pilihan raya umum (PRU) daripada diadakan hingga menyebabkan penularan COVID-19. Lihat saja Sabah. Kerana PRN Sabah lah kes melonjak naik dan masih tidak surut sehingga sekarang. Hanya satu negeri itupun kedudukannya nun jauh di sana tapi impaknya adalah sangat besar!

Cuba bayangkan jika PRU dilaksanakan di negara kita? Mungkin kita semua akan dijangkiti Corvid19 dan separuh penduduk akan mati! Itupun ahli politik tidak sedar. Tidak mungkin mereka sedar kerana mereka hanya pentingkan diri mereka, jawatan, pangkat dan duit.

"Sepatutnya ketika ini, setiap parti fokus bantu rakyat mendepani COVID-19 dan banjir di sesetengah negeri," katanya kepada BH.

Isnin, 11 Januari 2021

Rabid. Apa pengajaran dari filem ini?

 Harini saya hendak komen tentang 2 filem yang saya tonton lewat malam tadi iaitu Rabid dan The Archer. Kita akan mulakan dengan Rabid dahulu.



Rabid (2019) adalah film drama misteri asal Kanada yang disutradarai oleh Jen dan Sylvia Soska dengan naskah yang ditulis oleh John Serge. Film Rabid (2019) diadaptasi dari film lama tahun 70an dengan judul yang sama karya David Cronenberg. Cerita ini agak menarik kerana ianya melibatkan penyebaran virus, walaupun bukan Corvid19 tetapi ianya virus yang merebak dan ada juga cubaan vaksin yang diberikan. 

Jim kita mulakan dengan sinopsis cerita ini. 

Filem ini mengisahkan seorang perempuan muda bernama Rose yang memiliki cita-cita untuk mejadi fashion designer yang terkenal.

Karakter yang dibawakan Rose dalam filem ini adalah seorang gadis yang pendiam, sopan, dengan imej sederhana dari segi penampilan mahupun tindakannya.

Namun demikian, saat dalam proses mengejar cita-citanya, Rose telah mengalami kemalangan jalan raya. Akibat daripada kemalangan itu, Sebahagian daripada wajah Rose telah rosak teruk dan menjadi cacat. Oleh kerana itu dia cuba mencari alternatif bagi merawat kerosakan teruk yang dialami diwajahnya, dia diberitahu bahawa dia perlu menjalani proses rawatan di mana wajahnya akan diberi sel-sel baharu sebagai pengganti.

Yakin dan percaya dengan kata-kata doktor tersebut, Rose kemudian bersetuju mendapatkan rawatan seperti yang disarankan. Namun begitu rawatan itu adalah rawatan baru dan belum pernah dicuba. Namun Rose nekad demi memulihkan wajahnya itu.

Pada awalnya, rawatan itu tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara mahupun kesan sampingan.

Namun lama kelamaan Rose mula menyedari bahawa rawatan tersebut telah menjadikan dia lebih cantik dari sebelum ini. Ini menjadikan Rose lebih berkeyakinan tinggi untuk mengejar cita-citanya menjadi designer yang terkenal.

Namun tanpa disedari Rose, dia mula merasakan perubahan pada diri dia. Dia mula merasakan sesuatu ada di dalam tubuhnya. Dan kerap berlaku sesuatu namun Rose tidak dapat mengingatinya. Seorang lelaki yang juga sebenarnya orang upahan Doktor yang membuat rawatan terhadap Rose sebenarnya yang selalu menyelamatkan Rose ketika dia bertindak luar kawalan. Lelaki tersebut mendekati Rose tanpa Rose ketahui tujuan sebenarnya.

Ketika Rose di dalam keadaan luar sedar, dia sebenarnya telah membunuh ramai dengan menghisap darah mereka. Mereka yang terkena gigitan itu akan berubah menjadi ganas dan menggigit orang lain pula dan seterusnya. 

Penyakit ini mula merebak keseluruh bandar dan virus ini tidak diketahui dari mana puncanya. Sebeanrya virus ini ada sel-sel ciptaan Doktor tersebut yang pada asalnya cuba untuk merawat isterinya yang menghidap kanser. Namun, mutasi sel tersebut telah menukar Rose menjadi makhluk penghisap darah.

Tanda-tanda virus ini adalah hanpir sama dengan Sars, antaranya ialah flu, demam dan batuk. Macam Corvid19 juga kan? Kerajaan mula mengumumkan bahawa penyakit yang menular itu adalah sebagai Rabbies dan mula memberikan vaksin kepada penduduk bandar tersebut.

Rose akhirnya ditangkap dan dikurung oleh Doktor tersebut. Manakala mereka yang mendapat vaksin semuanya dihapuskan kerana mendapat tahu yang vaksin tersebut tidak mendatangkan kesan. Mereka yang ebrgejala dan dijangkiti juga dihapuskan.

Pemberian vaksin tidak lama lagi. Anda yakin ingin mencuba vaksin tersebut yang belum diteliti dak diuji keberkesanannya? hahahaha itulah yang saya cuba sampaikan.

Ahad, 10 Januari 2021

Hujan lagi dari semalam. Banjir baru sahaja reda. Corvid19 masih memuncak. Sang Politikus mahukan Pilihan Raya.

 



Aku dah bangun dari pukul 4.30 pagi tadi. Bangun agak awal pagi entah kenapa aku pon tak tau. Hujan masih belum berhenti dari semalam. Kali terakhir hujan begini, tak berhenti, habis banjir di beberapa daerah di Johor Bahru dan beberapa negeri lain yang turun mengalami hujan tak berhenti seperti di sini. Mujur kawasan tempat aku tinggal agak tinggi. Walaupun aku selamat, namun bila lihat di tv keadaan banjir, sedih pula rasa.


Aku sukakan hujan dan cucaca nyaman seperti ini. Bukan aku tidak sensitif terhadap sekeliling aku, cuma siapa sangka dikala kita menikmati cucaca indah, nyaman, sejuk dan tenang, di tempat orang lain ianya adalah musibah. Ini juga antara rahasia Tuhan yang kita tidak ketahui. Disebalik setiap kegembiraan pasti terselit kedukaan.


Kadang-kadang sekecil-kecil perkara yang tidak penting untuk kita amat besar nilai dan maknanya kepada orang lain. Sebagai contoh, aku banyak baju yang tidak berpakai, sudah tidak muat atau terlalu banyak sangat. Tetapi di tempat lain ada orang yang tidak ada pakaian yang secukupnya, jika adapun pakaiannya compang-camping. Begitulah resam dunia. Kenyataan ini pahit namun harus ditelan. Susah untuk minta keadilan sejagat kerana ianya perlukan kerjasama sejagat juga. Jika aku seorang sahaja yang hendak melawan mempertahankan keadilan, menghalang penindasan, takkan menjadi. Apalah daya aku seorang di atas planet yang ada lebih kurang 7.7 biilion manusia ini. Aku ini hanya ibarat sebutir pasir di lautan. Hanya jika semua pasir ini dikumpulkan, barulah ianya cukup untuk membentuk istana pasir. Namun jika terkena ombak sedikit-sedikit ia mula terhakis dan jika ombak terlalu kuat, sekali hempasan cukup untuk memusnahkannya. Seprti itu juga hati kita manusia yang sering berbolak balik. Kuatkah kita menentang ketidak adilan sistem dunia? Mampukah kita?


Di media sosial pulak aku terbaca bahawa seorang presiden sebuah parti yang korup ini meminta pilihanraya. Sangat Sellfish!! Dikala pandemic ini banyak business yang gulung tikar danramai orang kehilangan pekerjaan akibat kadar jangkitan yang semakin meningkat, beliau mahukan pilihan raya. Walaupun tahu akibatnya memandangkan sudah ada contoh akibat daripada Pilihan Raya di Sabah yang sehingga kini impaknya masih belum hilang. Banjir yang baru reda disesetengah daerah dan negeri juga melihat begitu banyak kemusnahan harta benda dan hari ini hujan turun lagi tidak berhenti. Apalah yang difikirkan merela golongan ahli politik yang sudah tentunya korup ini. Sekurang-kurangnya mereka masih tinggal dirumah yang mewah, ada duit untuk berbelanja besar lagi sedangkan rakyat sudah terpaksa mengikat perut.


Kadang-kadang, manusia jika sudah terdesak akan sanggup lakukan apa sahaja demi melepaskan diri walau menggadai nyawa orang lain, walau mengorbankan orang lain. Janji, harta dan pangkat dapat diselamatkan. Bila nafsu dan syaitan beraja di hati, menggunakan nama agama, Allah, perjuangan, dan keadilan sedangkan semuanya hanya untuk diri sendiri semata. Hipokrit!!! Inilah penipu paling besar. Rakyat semakin tertindas semakin melarat. Golongan kayangan masih mampu bertahan, bagaimana pula si picisan yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang.


Teluk Mahkota, Sedili Besar Minggu ini

 Bertolak dari rumah pada pukul 6.30 pagi. Panaskan enjin dalam 5 minit sebelum memulakan perjalanan. Persediaan kali ini lebih mudah dari m...